Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan AirPods dengan iPad

Selepas anda memasangkan AirPods dengan iPad, anda boleh menggunakan AirPods untuk mendengar audio dimainkan pada iPad, membuat dan menjawab panggilan FaceTime, mendengar dan membalas mesej, mendengar peringatan apabila anda memerlukannya, mendengar perbualan dengan lebih mudah dalam persekitaran yang bising dan banyak lagi.

Pasangkan AirPods dengan iPad anda

  1. Pada iPad, pergi ke Seting  > Bluetooth, kemudian aktifkan Bluetooth.

  2. Pergi ke Skrin Utama pada iPad anda.

  3. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • AirPods (generasi pertama, ke-2 dan ke-3) atau AirPods Pro: Buka bekas dengan AirPods anda di dalam, kemudian pegangnya bersebelahan iPad anda (iPadOS 15.1 atau lebih baharu diperlukan untuk AirPods generasi ke-3).

    • AirPods Max: Keluarkan AirPods Max anda dari Smart Case, kemudian pegang AirPods Max di sebelah iPad anda.

  4. Ikuti arahan pada skrin, kemudian ketik Selesai.

    Nota: Jika arahan atas skrin untuk memasangkan AirPods Max anda tidak kelihatan, pergi ke Seting > Bluetooth, kemudian pilih AirPods Max anda. Jika lampu status tidak berkelip warna putih pada AirPods Max, tekan dan tahan butang kawalan bunyi sehingga ia berkelip.

AirPods anda dipasangkan secara automatik dengan semua peranti yang disokong yang anda daftar masuk dengan Apple ID yang sama (iOS 10, iPadOS 13, macOS 10.12, watchOS 3, atau lebih baharu diperlukan).

Nota: Jika anda tidak boleh memasangkan AirPods anda, lihat artikel Sokongan Apple Jika AirPods anda tidak bersambung.

Lakukan banyak lagi dengan AirPods dan iPad anda

Lihat Panduan Pengguna AirPods untuk mendapatkan arahan terperinci tentang cara memanfaatkan sepenuhnya daripada AirPods anda.

Untuk mendapatkan maklumat tentang melindungi pendengaran anda daripada kelantangan tinggi semasa mendengar AirPods dengan iPad, lihat Gunakan ciri paras audio fon kepala pada iPad.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.