Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cari dan susun nota anda dalam folder pada iPad

Dalam app Nota , anda boleh mencari semua nota anda untuk teks ditaipkan dan ditulis tangan, objek yang muncul dalam imej dan teks dalam dokumen diimbas. Anda juga boleh menyusun nota anda dalam folder dan pinkan nota penting ke bahagian atas senarai.

Senarai nota dengan medan carian di bahagian tengah atas.

Cipta, namakan semula, alihkan, atau padamkan folder atau subfolder

Dalam senarai folder, lakukan mana-mana yang berikut:

  • Cipta folder: Ketik butang Folder Baharu, pilih akaun (jika anda mempunyai lebih daripada satu folder), ketik Folder Baharu, kemudian masukkan nama.

  • Cipta subfolder: Sentuh dan tahan folder, kemudian seretnya ke atas folder lain.

  • Namakan semula folder: Sentuh dan tahan folder, ketik Namakan Semula, kemudian masukkan nama baharu.

  • Alihkan folder: Leret kiri pada folder, ketik butang Alihkan Folder, kemudian pilih lokasi baharu. Atau sentuh dan tahan folder, kemudian seretnya ke lokasi baharu. Folder menjadi subfolder jika anda menyeretnya ke dalam folder lain.

  • Padamkan folder: Leret kiri pada folder, kemudian ketik butang Padam Folder. Atau sentuh dan tahan folder, kemudian ketik Padam.

    Jika anda menukar fikiran anda, buka folder Terbaharu Dipadam untuk memulihkan nota.

Tukar paparan folder dan isih, alihkan, pin atau padamkan nota

Dalam senarai nota, lakukan mana-mana yang berikut:

  • Tukar paparan folder: Ketik butang Tindakan Folder, kemudian pilih Lihat sebagai Galeri atau Lihat sebagai Senarai.

  • Tukar urutan isih folder: Ketik butang Tindakan Folder, ketik “Isih mengikut”, kemudian pilih Tarikh Diedit, Tarikh Dicipta atau Tajuk. Untuk memilih kaedah isihan lalai untuk semua folder anda, pergi ke Seting  > Nota > Isih Nota Ikut.

  • Alihkan nota ke folder berbeza: Leret kiri pada Nota, kemudian ketik butang Alihkan Folder. Atau sentuh dan tahan nota, ketik Alihkan, kemudian pilih folder.

  • Pinkan nota penting di bahagian atas senarai: Sentuh dan tahan nota, kemudian ketik Pinkan Nota. Atau leret ke kanan pada nota, kemudian ketik pin.

  • Padamkan nota: Leret ke kiri pada nota, kemudian ketik butang Padam Folder. Atau sentuh dan tahan nota, kemudian ketik Padam.

    Jika anda menukar fikiran anda, buka folder Terbaharu Dipadam untuk memulihkan nota.

Cari nota anda

Anda boleh mencari tag, teks ditaipkan dan ditulis tangan, objek yang kelihatan dalam imej dan teks dalam dokumen diimbas.

  1. Leret ke bawah pada senarai nota untuk mendedahkan medan carian.

  2. Ketik medan carian, kemudian masukkan apa yang anda cari. Anda juga boleh memilih carian dicadangkan seperti “Nota dengan Lukisan”, kemudian memasukkan teks tambahan untuk memperincikan carian anda.

    Jika nota dikunci, hanya tajuk muncul dalam hasil carian. Carian termasuklah teks tulisan tangan (dalam bahasa yang disokong), foto dan dokumen diimbas.

Cari dalam nota untuk teks ditaip atau tulisan tangan

  1. Buka nota yang anda mahu cari.

  2. Ketik butang Tindakan Nota (di penjuru kanan atas), kemudian ketik Cari dalam Nota.

  3. Taipkan teks yang anda cari dalam medan carian.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.