Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan tag dan Folder Pintar dalam Nota pada iPad

Dalam app Nota , anda boleh menggunakan tag sebagai cara yang pantas dan fleksibel untuk mengkategorikan dan menyusun nota anda. Anda boleh menambah satu atau lebih tag pada nota, seperti #membeli-belah dan #kerja, serta cari dan tapis nota anda merentas folder dengan mudah menggunakan Pelayar Tag atau Folder Pintar.

Senarai nota dengan medan carian di bahagian tengah atas.

Tambah tag ke nota

Apabila anda mencipta atau mengedit nota, taip # diikuti nama tag atau pilih tag daripada menu di atas papan kekunci. Tag hanya boleh mengandungi satu perkataan, tetapi anda boleh menggunakan sempang dan garis bawah untuk menggabungkan perkataan. Anda boleh menambah berbilang tag pada nota.

Namakan semula atau padamkan tag

Dalam Pelayar Tag (di bawah folder anda), sentuh dan tahan tag, kemudian ketik Nama Semula Tag atau Padam Tag.

Apabila anda memadamkan tag, ia juga dikeluarkan daripada semua Folder Pintar yang menggunakannya.

Lihat nota dengan tag

Dalam Pelayar Tag (di bawah folder anda), ketik Semua Tag. Untuk menapis senarai, ketik satu atau lebih tag.

Cipta Folder Pintar

  1. Ketik butang Folder Baharu, pilih akaun (jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun), kemudian ketik Folder Pintar Baharu.

  2. Masukkan nama, kemudian pilih tag.

Anda juga boleh mencipta Folder Pintar semasa melihat senarai nota ditag, ketik butang Tindakan Folder, kemudian ketik Cipta Folder Pintar.

Tukar folder kepada Folder Pintar

Semasa melihat folder yang anda mahu tukar, ketik butang Tindakan Folder, skrol ke bahagian bawah, kemudian ketik Tukar kepada Folder Pintar.

Apabila anda menukar folder, notanya dialihkan ke folder Nota dan ditag dengan nama Folder Pintar.

Nota: Anda tidak boleh menukar folder dikongsi, folder dengan subfolder, atau folder yang mengandungi nota dikunci.

Edit Folder Pintar

Sentuh dan tahan Folder Pintar, kemudian ketik Edit Folder Pintar. Anda boleh menukar nama atau tag yang ditunjukkan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.