Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Lihat kata laluan anda dan maklumat berkaitan pada iPad

Anda boleh melihat kata laluan anda dan menambah nota yang berkaitan dengan akaun anda. iPad menyimpan maklumat disulitkan ini dalam Seting  > Kata Laluan dan Rantai Kunci iCloud memastikannya terkini dengan selamat merentas semua peranti anda yang diluluskan.

Lihat dan salin kata laluan

  1. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Pergi ke Seting  > Kata Laluan.

    • Pada skrin daftar masuk, ketik butang Isi Auto Kata Laluan.

  2. Ketik akaun, kemudian ketik medan Kata Laluan.

    Bagi menyalin kata laluan untuk digunakan di tempat lain, ketik Salin Kata Laluan.

Tambah nota untuk akaun dengan kata laluan

Anda boleh menyimpan nota tentang maklumat kunci pemulihan, soalan keselamatan, nombor PIN dan butiran serupa dengan selamat.

  1. Pergi ke Seting  > Kata Laluan, kemudian ketik akaun.

  2. Ketik Tambah Nota, masukkan teks anda, kemudian ketik Selesai.

Untuk melihat nota kemudian, pergi ke Seting > Kata Laluan, kemudian ketik akaun. Untuk mengemas kini nota, ketik Edit (di bahagian kanan atas), kemudian ketik medan Nota.

Pergi ke tapak web untuk akaun

  1. Pergi ke Seting  > Kata Laluan, kemudian ketik akaun.

  2. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Ketik butang Safari.

    • Ketik URL tapak web, ketik Salin Tapak Web, kemudian tampal URL dalam medan alamat pelayar anda.

Keluarkan akaun daripada iPad dan Rantai Kunci iCloud anda

Pergi ke Seting  > Kata Laluan, kemudian leret ke kiri pada akaun.

Contohnya, anda mungkin mahu mengeluarkan akaun untuk tapak web atau app yang tidak lagi tersedia.

Nota: Tindakan ini tidak mengeluarkan akaun daripada tapak web atau app yang anda cipta akaun.

Keluarkan kata laluan daripada iPad dan Rantai Kunci iCloud anda

  1. Pergi ke Seting  > Kata Laluan, kemudian ketik akaun.

  2. Ketik Padam Kata Laluan.

Nota: Tindakan ini tidak mengeluarkan kata laluan daripada tapak web atau app yang anda cipta akaun.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.