Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tapis e-mel pada iPad

Dalam app Mail , anda boleh menggunakan penapis untuk menunjukkan hanya beberapa mesej buat sementara—mesej yang memenuhi semua kriteria yang anda pilih dalam senarai penapis. Sebagai contoh, jika anda memilih Belum Dibaca dan Hanya Mel Berlampiran, anda hanya melihat e-mel belum dibaca yang mempunyai lampiran.

  1. Ketik butang Togol Penapisan di penjuru kiri bawah senarai peti mel.

    Nota: Apabila membaca e-mel pada iPad dalam orientasi Potret, ketik butang Balik untuk memaparkan senarai e-mel dengan butang Togol Penapisan di bahagian bawah.

  2. Ketik “Tapis mengikut”, kemudian pilih atau aktifkan kriteria untuk e-mel yang anda mahu lihat.

  3. Ketik butang Togol Penapisan di penjuru kiri bawah untuk menyembunyikan e-mel yang tidak sepadan dengan penapis semasa. Ketik lagi untuk menyahaktifkan penapis.

Untuk menyahaktifkan semua penapis, ketik butang Togol Penapisan. Untuk menyahaktifkan penapis khusus, ketik “Ditapis mengikut”, kemudian menyahpilihnya.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.