Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tapis e-mel dalam Mail pada iPad

Anda boleh menggunakan penapis untuk menunjukkan hanya beberapa mesej e-mel buat sementara—mesej yang memenuhi semua kriteria yang anda pilih dalam senarai penapis. Sebagai contoh, jika anda memilih Belum Dibaca dan Hanya Mel dengan Lampiran, anda hanya melihat mesej belum dibaca yang mempunyai lampiran.

Anda juga boleh menentukan akaun e-mel yang kelihatan dalam Mail apabila Fokus khusus sedang aktif.

Tapis e-mel

  1. Pergi ke app Mail pada iPad anda.

  2. Ketik butang Togol Penapisan.

  3. Ketik “Ditapis ikut”, pilih atau aktifkan kriteria untuk mesej yang anda mahu lihat, kemudian ketik Selesai.

Untuk menyahaktifkan semua penapis, ketik butang Togol Penapisan. Untuk menyahaktifkan penapis khusus, ketik “Ditapis ikut”, kemudian menyahpilihnya.

Padankan akaun mel dengan Fokus

Anda boleh memilih akaun e-mel untuk menerima pemberitahuan apabila Fokus aktif. Contohnya, anda boleh mengesetkan penapis untuk menunjukkan hanya akaun e-mel kerja anda dan pemberitahuannya apabila Fokus Kerja anda aktif.

  1. Pergi ke Seting  > Fokus, kemudian ketik Fokus.

    Jika anda tidak melihat pilihan Fokus yang anda mahukan, ketik butang Tambah Fokus. Lihat Sediakan Fokus.

  2. Ketik Tambah Penapis di bawah Penapis Fokus, kemudian ketik Mail.

  3. Pilih akaun yang anda mahu lihat dalam peti masuk anda semasa Fokus tersebut.

Utamakan e-mel

Jika Apple Intelligence* diaktifkan, anda boleh menggunakan Mesej Keutamaan untuk melihat e-mel paling penting anda dengan cepat. Lihat Gunakan Apple Intelligence dalam Mail.

*Apple Intelligence tersedia dalam beta dengan sokongan untuk bahasa berikut: Bahasa Inggeris, Denmark, Perancis, Jerman, Itali, Norway, Portugis, Sepanyol, Sweden, Turki, Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Jepun, Korea dan Vietnam. Sesetengah ciri mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ketersediaan bahasa dan ciri serta keperluan sistem, lihat artikel Sokongan Apple Cara mendapatkan Apple Intelligence.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.