Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Bermula dengan Cari pada iPad

Gunakan app Cari pada iPad anda untuk mencari peranti yang hilang, cari item harian menggunakan AirTags dan jejak rakan dan keluarga.

Skrin Cari menunjukkan iPad.

Tambah iPad anda ke Cari

Sebelum anda boleh menggunakan app Cari untuk mencari peranti yang hilang, anda perlu menambah peranti ke Cari. Pergi ke app Seting , ketik nama anda, ketik Cari iPad Saya, kemudian aktifkan Cari iPad Saya. Tambah peranti lain anda ke Cari dengan cara yang sama supaya anda boleh melihat semua peranti di satu tempat.

Skrin Cari menunjukkan berbilang peranti berkongsi lokasi.

Cari peranti Apple yang hilang

Pergi ke app Cari , ketik Peranti, kemudian pilih peranti yang anda cari. Selagi peranti ditambah ke Cari, anda akan melihatnya pada peta dan anda boleh memainkan bunyi padanya untuk membantu mengecilkan carian anda.

Skrin Cari menunjukkan AirTag berkongsi lokasinya.

Tambah AirTag

Anda boleh menambah AirTag ke Cari, kemudian letakkannya dalam beg gim, beg galas atau bagasi sekiranya item tersebut hilang. Pergi ke app Cari, ketik Item, ketik [butang tambah], kemudian ikuti arahan atas skrin. Selepas anda menambah AirTag (dan aksesori serasi lain) ke Cari, AirTag kelihatan dalam senarai Item, dengan lokasinya kelihatan.

Skrin Cari menunjukkan lokasi rakan

Cari rakan

Apabila anda dan rakan anda berkongsi lokasi anda dengan satu sama lain, anda boleh melihat satu sama lain dalam Cari. Pertama, pergi ke app Cari , kemudian ketik Orang. Ketik butang Tambah, ketik Kongsi Lokasi Saya, kemudian pilih kenalan. Senarai Orang menunjukkan rakan yang berkongsi lokasi mereka dengan anda.

Mahu mengetahui lebih lanjut?

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.