Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Semak e-mel anda dalam Mail pada iPad

Dalam app Mail, anda boleh membaca e-mel, menambah kenalan dan mempratonton kandungan e-mel tanpa membukanya.

Peti Masuk Mail, dengan senarai e-mel di bahagian kiri dan e-mel terbuka di bahagian kanan.

Baca e-mel

  1. Pergi ke app Mail pada iPad anda.

  2. Ketik mesej yang anda mahu baca.

    Petua: Ketik butang Kembangkan Mesej untuk menyembunyikan senarai mesej apabila membaca mesej.

Gunakan Ingatkan Saya untuk kembali ke mesej Utama kemudian

Jika anda tidak mempunyai masa untuk mengendalikan mesej utama serta-merta, anda boleh mengesetkan masa dan tarikh untuk menerima peringatan serta membawa mesej balik ke bahagian atas peti masuk.

  1. Pergi ke app Mail pada iPad anda.

  2. Ketik mesej Utama, ketik butang Balas di bahagian kanan bawah mesej, ketik Ingatkan Saya, kemudian pilih masa untuk diingatkan.

Petua: Anda boleh menambahkan Ingatkan Saya ke bar alat dalam app Mail, untuk menjadikannya mudah diakses. Lihat Sesuaikan bar alat Mail.

Tandakan berbilang e-mel sebagai dibaca dengan cepat

  1. Pergi ke app Mail pada iPad anda.

  2. Semasa melihat senarai mesej, ketik butang Lagi, ketik Pilih, kemudian pilih mesej yang anda mahu tandakan.

    Penting: Apabila anda memilih mesej Transaksi, Kemas Kini atau Promosi, anda sedang memilih semua mesej dalam kategori tersebut daripada pengirim.

  3. Ketik butang Tanda di bahagian bawah senarai mesej, kemudian pilih Tanda Dibaca.

Nota: Bilangan mesej belum dibaca yang ditunjukkan pada Skrin Utama anda menunjukkan bilangan mesej belum dibaca dalam kategori Utama. Untuk menunjukkan jumlah bilangan mesej belum dibaca anda dalam semua kategori, pergi ke Seting > Pemberitahuan > Mail > Sesuaikan Pemberitahuan, kemudian aktifkan Semua Mesej Belum Dibaca.

Pratonton mesej Utama dan senarai pilihan

Jika anda mahu melihat perihal mesej Utama tetapi tidak membuka mesej sepenuhnya, anda boleh mempratontonnya.

  1. Pergi ke app Mail pada iPad anda.

  2. Dalam senarai mesej Utama, sentuh dan tahan mesej untuk mempratonton kandungannya dan melihat senarai pilihan untuk membalas, mengalihkannya dan banyak lagi.

Tunjukkan pratonton yang lebih panjang untuk setiap e-mel

Dalam peti masuk anda, Mail memaparkan dua baris teks untuk setiap mesej e-mel secara lalai. Anda boleh memilih untuk melihat lebih banyak baris teks tanpa membuka mesej.

Pergi ke Seting  > App > Mail > Pratonton (di bawah Senarai Mesej), kemudian pilih sehingga lima baris.

Tunjukkan keseluruhan perbualan

Pergi ke Seting  > App > Mail, kemudian aktifkan Susun ikut Jaluran (di bawah Jaluran).

Nota: Anda juga boleh menukar seting lain di sini—seperti Runtuhkan Mesej Dibaca atau Mesej Terbaharu di Atas.

Tunjukkan label Kepada dan Sk dalam Peti Masuk anda

Pergi ke Seting  > App > Mail, kemudian aktifkan Tunjukkan Label Kepada/Sk (di bawah Senarai Mesej).

Anda juga boleh melihat peti mel Kepada/Sk, yang mengumpulkan semua mel yang dialamatkan kepada anda. Untuk menunjukkan atau menyembunyikannya, ketik butang Tunjukkan Bar Sisi di penjuru kiri atas app Mail, ketik Edit di atas Peti Mel, kemudian pilih “Kepada atau Sk”.

Tambah seseorang ke kenalan anda atau jadikan mereka VIP

Anda boleh menyimpan seseorang ke kenalan anda untuk mencari mesej e-mel mereka semula pada masa depan dengan mudah atau membuatkan mereka VIP supaya sebarang mesej yang anda terima daripada mereka dibintangkan secara automatik.

  1. Pergi ke app Mail pada iPad anda.

  2. Dalam mesej, ketik nama orang atau alamat e-mel, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:

    • Tambah kenalan baharu: Ketik Lihat Kad Kenalan, kemudian ketik Cipta Kenalan Baharu. Isikan mana-mana maklumat hubungan lain, kemudian ketik butang Selesai.

    • Tambah alamat e-mel ke kenalan sedia ada: Ketik Lihat Kad Kenalan, kemudian ketik Tambah ke Kenalan Sedia Ada. Ketik kenalan, kemudian ketik butang Selesai.

    • Tambah pada senarai VIP anda: Ketik Tambah ke VIP.

Tunjukkan atau sembunyikan foto kenalan

  1. Pergi ke app Mail pada iPad anda.

  2. Dalam peti masuk, ketik butang Lagi di bahagian atas skrin, kemudian pilih atau nyahpilih Tunjukkan Foto Kenalan.

Lihat ringkasan e-mel

Jika Apple Intelligence* diaktifkan, anda boleh menggunakannya untuk meringkaskan perkara paling penting dalam mesej e-mel atau jaluran e-mel. Lihat Gunakan Apple Intelligence dalam Mail.

*Apple Intelligence tersedia dalam beta dengan sokongan untuk bahasa berikut: Bahasa Inggeris, Denmark, Perancis, Jerman, Itali, Norway, Portugis, Sepanyol, Sweden, Turki, Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Jepun, Korea dan Vietnam. Sesetengah ciri mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ketersediaan bahasa dan ciri serta keperluan sistem, lihat artikel Sokongan Apple Cara mendapatkan Apple Intelligence.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.