Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Dengar buku audio dalam app Buku pada iPad

Gunakan app Buku untuk mendengar buku audio pada iPad anda.

Skrin pemain buku audio menunjukkan, dari atas ke bawah, kulit buku audio, nama bahagian yang dimainkan, penunjuk main, butang jeda dan butang langkau ke depan atau belakang. Di bahagian bawah ialah gelangsar kelantangan dan di bawahnya ialah butang untuk mengawal kelajuan main balik, mengesetkan pemasa tidur, memilih destinasi main balik dan melihat senarai trek buku.

Nota: Apple Books tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.

Mainkan buku audio

  1. Pergi ke app Buku pada iPad anda.

  2. Navigasi ke buku audio, kemudian ketik kulit buku untuk mula memainkannya.

  3. Semasa buku audio dimainkan, lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Laraskan kelantangan: Seret gelangsar di bawah butang Jeda ke kiri atau kanan.

    • Langkau ke depan atau ke belakang: Ketik atau sentuh dan tahan anak panah bulat bersebelahan butang Jeda. Atau gunakan kawalan luaran seperti fon kepala atau kawalan kereta.

      Nota: Untuk menukar bilangan saat untuk melangkau ke depan atau ke belakang, pergi ke Seting  > App > Buku. Di bawah Buku Audio, ketik Langkau ke Depan atau Langkau ke Belakang, kemudian ketik pilihan.

    • Pergi ke masa khusus: Seret gelangsar di bawah kulit buku audio ke kiri atau kanan.

    • Lajukan atau perlahankan: Ketik 1x di penjuru bawah kiri, kemudian seret dial ke atas atau bawah untuk melaraskan kelajuan penceritaan. Sentuh dan tahan kelajuan penceritaan untuk meresetnya ke 1x.

    • Setkan pemasa tidur: Ketik butang Tidur, kemudian pilih tempoh.

    • Mainkan pada peranti berbeza: Ketik butang AirPlay, kemudian pilih peranti yang tersedia seperti HomePod, Apple TV 4K atau speaker Bluetooth®.

    • Pergi ke bab: Ketik butang Senarai Kandungan, kemudian ketik bab.

      Nota: Sesetengah buku audio merujuk bab sebagai trek, atau tidak mentakrifkan bab.

    • Bertukar ke pemain mini buku audio: Leret ke bawah dari mana-mana pada skrin; ketik pemain mini di bahagian bawah skrin untuk kembali ke skrin penuh.

    • Tutup pemain buku audio: Leret bawah dari mana-mana pada skrin untuk bertukar ke pemain mini. Sentuh dan tahan pemain mini, kemudian ketik Tutup Pemain Audio.

Jika sambungan Wi-Fi ke internet tidak tersedia, buku audio dimainkan menerusi rangkaian selular pembawa anda, yang mungkin dikenakan bayaran tambahan. Untuk mengurus penggunaan data selular, lihat Lihat atau tukar seting data selular pada iPad (model Wi-Fi + Cellular).

Cari PDF tambahan

Sesetengah buku audio didatangkan dengan PDF tambahan. Untuk melihat PDF semasa buku audio dimainkan, ketik butang Senarai Kandungan mempunyai Kandungan Tambahan atau lakukan yang berikut:

  1. Pergi ke app Buku pada iPad anda.

  2. Ketik Pustaka, kemudian ketik butang Lagi di bawah kulit buku audio.

  3. Ketik Lihat Kandungan PDF.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.