Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Dapatkan kapsyen langsung untuk audio dituturkan pada iPad

Dengan Kapsyen Langsung pada iPad, anda boleh mendapatkan transkripsi masa nyata untuk audio dituturkan. Gunakan Kapsyen Langsung untuk mengikuti audio dengan lebih mudah pada sebarang app, seperti FaceTime atau Podcasts dan dalam perbualan langsung di sekeliling anda.

Nota: Kapsyen Langsung tersedia pada model disokong. Kapsyen Langsung tidak tersedia dalam semua bahasa, negara atau rantau. Ketepatan Kapsyen Langsung mungkin berbeza-beza dan tidak sepatutnya digunakan dalam situasi berisiko tinggi atau kecemasan.

Sediakan dan sesuaikan Kapsyen Langsung

  1. Pergi ke app Seting  pada iPad anda.

  2. Ketik Kebolehcapaian, ketik Kapsyen Langsung, kemudian aktifkan Kapsyen Langsung.

  3. Ketik Penampilan untuk menyesuaikan teks, saiz dan warna kapsyen.

  4. Ketik Simpan Kapsyen Panggilan, kemudian pilih pilihan:

    • 1 Minit: Pilih 1 Minit untuk menyimpan kapsyen daripada panggilan hingga satu minit semasa panggilan. Semua kapsyen panggilan dikosongkan selepas panggilan tamat. Jika anda memilih 1 Minit, anda tidak akan dapat menyalin atau mengambil rakaman skrin transkripsi panggilan.

    • 1 Jam: Pilih 1 Jam untuk menyimpan kapsyen daripada panggilan hingga satu jam selepas panggilan tamat. Jika anda memilih 1 Jam, anda akan dapat menyalin dan mengambil rakaman skrin transkripsi panggilan.

    Nota: Apabila anda memilih 1 Jam, semua peserta panggilan mendengar pengumuman audio ringkas (“Panggilan ini sedang ditranskripsikan”) pada permulaan panggilan. Jika Kapsyen Langsung dijeda atau pilihan Simpan Kapsyen Langsung ditukar daripada 1 Jam kepada 1 Minit semasa panggilan, semua peserta mendengar pengumuman audio (“Panggilan ini tidak lagi ditranskripsikan”).

Gunakan Kapsyen Langsung

Dengan Kapsyen Langsung diaktifkan, iPad mentranskripsikan audio dituturkan dalam app—atau daripada dialog di sekeliling anda secara automatik. Anda boleh melakukan mana-mana yang berikut:

  • Transkripsi perbualan bersemuka: Ketik Kapsyen Langsung, kemudian ketik Mikrofon.

  • Transkripsi audio iPad: Ketik Kapsyen Langsung, kemudian ketik Audio iPad.

  • Jeda transkripsi: Ketik Kapsyen Langsung, kemudian ketik Jeda Mendengar.

  • Salin transkripsi: Ketik butang Pilihan Lanjut, kemudian ketik Salin Kapsyen. Anda boleh menampal transkripsi anda dalam app lain—seperti dalam Nota atau Mesej.

  • Kosongkan transkripsi: Ketik butang Pilihan Lanjut, kemudian ketik Kosongkan Semua.

  • Alihkan tetingkap Kapsyen Langsung: Seret tetingkap Kapsyen Langsung untuk mengalih semula kedudukannya atas skrin.

  • Jadikan tetingkap Kapsyen Langsung lebih panjang atau lebih pendek: Seret bahagian bawah tetingkap Kapsyen Langsung ke atas atau bawah.

  • Sembunyikan tetingkap Kapsyen Langsung: Tetingkap Kapsyen Langsung disembunyikan secara automatik apabila tiada audio dikesan. Jika tetingkap ditunjukkan, leret ke kiri atau kanan pada tetingkap untuk menyembunyikannya. Untuk menyimpan tetingkap, ketik butang Kapsyen Langsung Diruntuhkan.

  • Jadikan tetingkap transkripsi skrin penuh: Ketik butang Maksimum. Untuk menyimpan tetingkap ke saiz yang lebih kecil, ketik butang Minimum.

  • Ambil gambar skrin atau rakaman skrin transkripsi: Tempatkan tetingkap Kapsyen Langsung, kemudian ambil gambar skrin atau ambil rakaman skrin.

Nota: Gambar skrin, rakaman skrin dan menyalin transkripsi hanya tersedia semasa dan selepas panggilan jika anda memilih 1 Jam apabila anda menyediakan Kapsyen Langsung.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.