Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Lihat rekod kesihatan dalam Kesihatan pada iPad

Selepas anda menyediakan muat turun rekod kesihatan daripada penyedia penjagaan kesihatan, rekod anda dimuat turun ke iPad dengan selamat dan secara automatik, yang tersedia untuk dilihat dalam app Kesihatan.

Lihat rekod kesihatan anda

  1. Pergi ke app Kesihatan pada iPad anda.

  2. Ketik butang Cari untuk memaparkan senarai Kategori Kesihatan, kemudian lakukan satu daripada berikut:

    • Ketik medan carian, kemudian masukkan nama kategori rekod kesihatan (seperti vital klinikal) atau jenis data tertentu (seperti tekanan darah).

    • Skrol ke bawah, kemudian ketik kategori (seperti Alergi atau Vital Klinikal) di bawah Rekod Kesihatan.

    • Skrol ke bawah, kemudian taipkan nama organisasi tertentu.

Untuk melihat butiran lanjut, ketik sebarang bahagian yang anda nampak butang Butiran.

Nota: Jika anda tidak melihat rekod kesihatan yang anda harapkan daripada penyedia penjagaan kesihatan, pastikan anda telah mendaftar masuk ke akaun anda dengan penyedia. Ketik butang Cari, skrol ke senarai akaun anda, ketik nama penyedia anda, kemudian daftar masuk jika diminta.

Pinkan keputusan makmal penting

Anda boleh pinkan keputusan supaya keputusan kelihatan di bahagian atas skrin Keputusan Makmal untuk akses cepat.

  1. Pergi ke app Kesihatan pada iPad anda.

  2. Ketik butang Cari, kemudian ketik Keputusan Makmal.

  3. Ketik butang Lagi, kemudian ketik Edit.

  4. Ketik butang Pin bersebelahan keputusan.

    Anda juga boleh menyentuh dan menahan keputusan, kemudian ketik Pinkan Keputusan Makmal ini.

  5. Apabila anda selesai, ketik butang Lagi, kemudian ketik Selesai.

Kongsi rekod kesihatan anda dengan app lain

App pihak ketiga boleh meminta akses kepada rekod kesihatan anda. Sebelum anda memberikan akses, pastikan anda mempercayai app tersebut dengan rekod anda.

  1. Untuk memberikan akses, pilih kategori untuk dikongsi—seperti alahan, ubat, atau imunisasi—apabila diminta.

  2. Pilih sama ada untuk memberikan akses kepada rekod kesihatan semasa dan masa hadapan atau hanya kepada rekod semasa anda.

    Jika anda memilih untuk berkongsi hanya rekod semasa, anda diminta untuk memberikan akses apabila rekod baharu dimuat turun ke iPad anda.

Untuk berhenti berkongsi rekod kesihatan dengan app, nyahaktifkan keizinannya untuk membaca data daripada Kesihatan.

Padam organisasi dan rekodnya daripada iPad

  1. Pergi ke app Kesihatan pada iPad anda.

  2. Ketik Ringkasan, kemudian ketik Profil bersebelahan gambar atau parap anda di bahagian kiri atas.

  3. Ketik Rekod Kesihatan, ketik nama organisasi, kemudian ketik Keluarkan Akaun.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.