Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kemas kini app daripada App Store pada iPad

App yang dipasang secara lalai pada iPad anda dikemas kini apabila anda mengemas kini iPadOS. App yang anda muat turun daripada app App Store dikemas kini secara lalai, secara automatik, tetapi anda boleh mengemas kini app secara manual.

Nyahaktifkan kemas kini app automatik

  1. Pergi ke app Seting pada iPad anda.

  2. Ketik App, kemudian ketik App Store.

  3. Nyahaktifkan Kemas Kini App.

Kemas kini app secara manual

  1. Pergi ke app App Store pada iPad anda.

  2. Ketik butang Akaun Saya atau pada gambar anda di bahagian kanan atas.

  3. Ketik Kemas Kini App, kemudian ketik Kemas Kini bersebelahan app yang anda mahu kemas kini, atau ketik Kemas Kini Semua.

Selepas app dikemas kini, app kelihatan dalam senarai app di bawah Terbaru Dikemas Kini.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.