Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cari muzik pada iPad

Menggunakan Carian, anda boleh melayari kategori muzik dengan cepat, melihat carian terbaharu dan mencari Apple Music atau pustaka anda.

Petua: Apabila anda mahu mencari, hanya terangkan perkara yang anda cari menggunakan bahasa tabii seperti “lagu popular daripada filem” atau “lagu nostalgia daripada tahun 90-an”.

  1. Pergi ke app Muzik pada iPad anda.

  2. Ketik Carian dalam bar sisi, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Ketik kategori seperti Pop atau Kecergasan.

    • Ketik medan carian untuk mencari item yang anda cari baru-baru ini dengan cepat—contohnya, lagu atau artis.

    • Ketik medan carian, ketik Apple Music, kemudian masukkan perkara yang anda cari (seperti lagu, artis atau lirik).

      Petua: Anda boleh mencari lagu dalam Apple Music berdasarkan liriknya. Dalam medan carian, masukkan beberapa perkataan yang anda ingat untuk mencari lagu.

    • Ketik medan carian, ketik Pustaka, kemudian masukkan perkara yang anda cari (seperti lagu, album atau senarai main).

  3. Ketik hasil untuk memainkannya.

Siri: Minta Siri sesuatu seperti, “Mainkan lagu dengan lirik” dan kemudian sebutkan frasa utama daripada lirik. Ketahui cara menggunakan Siri.

Tab Cari menunjukkan bar sisi di sebelah kiri dan medan carian di bahagian atas. Di bawah medan carian, pelbagai kategori muzik kelihatan. Pemain Mini berada di bahagian bawah.
Perkhidmatan dan ciri tidak tersedia di semua negara atau rantau dan ciri mungkin berbeza mengikut rantau.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.