Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Keluarkan kad bayaran daripada Apple Wallet pada iPad

Anda boleh mengeluarkan kad yang anda tidak lagi gunakan daripada Apple Wallet. Anda juga boleh mengeluarkan kad debit dan kredit daripada Apple Pay jika iPad anda hilang atau dicuri.

Nota: Jika anda mendaftar keluar daripada iCloud dalam Seting > [nama anda], semua kad kredit dan debit anda untuk Apple Pay dikeluarkan daripada iPad. Anda boleh menambah kad itu lagi pada kali seterusnya anda mendaftar masuk ke Akaun Apple anda.

Keluarkan kad debit atau kredit daripada iPad anda

  1. Pergi ke app Seting pada iPad anda.

  2. Ketik Wallet & Apple Pay.

  3. Ketik kad atau pas yang anda mahu keluarkan, kemudian ketik Keluarkan Kad.

    Nota: Jika anda mengeluarkan kad bayaran pada iPad anda, ia tidak dikeluarkan daripada Apple Wallet pada peranti lain anda. Anda boleh menambah kad lagi nanti.

Keluarkan kad anda daripada Apple Pay jika iPad anda hilang atau dicuri

Jika anda mengaktifkan Cari, anda boleh menggunakannya untuk membantu mencari dan melindungi iPad anda.

Untuk mengeluarkan kad anda daripada Apple Pay, lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Pada iPhone atau iPad lain: Pergi ke app Seting , ketik nama anda, pilih iPad yang hilang, kemudian ketik Keluarkan Item (di bawah Wallet & Apple Pay).

  • Menggunakan pelayar web: Daftar masuk ke Akaun Apple anda. Klik Peranti, kemudian pilih peranti yang hilang. Dalam bahagian Wallet & Apple Pay, klik Keluarkan Item.

  • Panggil pengeluar kad anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.