Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Minta atau berikan kawalan jauh dalam panggilan FaceTime pada iPad

Semasa panggilan video atau audio FaceTime satu ke satu, anda boleh mengawal skrin peserta lain dari jauh atau benarkan mereka untuk mengawal skrin anda dari jauh. Orang yang mengawal skrin boleh membantu sesuatu isu atau menunjukkan cara menggunakan app.

Nota: Kawalan jauh tidak tersedia buat masa ini di Kesatuan Eropah.

Minta kawalan jauh

Anda boleh meminta kawalan skrin iPad atau iPhone yang sedang dikongsikan dengan anda.

Nota: Kedua-dua anda dan peserta lain memerlukan iPadOS 18, iOS 18 atau lebih baharu.

  1. Pergi ke app FaceTime pada iPad anda.

  2. Ketik tetingkap yang menunjukkan skrin dikongsi.

  3. Ketik butang Kawalan Jauh.

    Jika peserta lain menerima permintaan, anda boleh mengetik atau meleret untuk berinteraksi dengan skrin yang dikongsi. Anda juga boleh menggunakan papan kekunci atas skrin dalam app.

Terima permintaan kawalan jauh

Peserta boleh mengawal skrin anda dari jauh jika mereka disimpan dalam kenalan anda dan menggunakan iPhone atau iPad dengan iOS 18, iPadOS 18 atau lebih baharu. Untuk melindungi data dan privasi anda, sekatan tambahan mungkin terpakai kepada permintaan kawalan jauh.

Apabila anda menerima pemberitahuan permintaan kawalan jauh dalam app FaceTime pada iPad anda, ketik Benarkan.

AMARAN: Orang yang mengawal skrin dari jauh boleh melakukan tugasan pada iPad anda seperti membuka dan menutup app, menukar seting, memadam item atau menghantar mesej. Luluskan permintaan kawalan jauh daripada orang yang dipercayai sahaja.

Orang yang mengawal skrin dari jauh mungkin disekat daripada tugasan seperti menukar seting Akaun Apple atau Face ID anda, membuat pembayaran atau memadam peranti anda. Face ID dan Touch ID akan dinyahdayakan semasa sesi kawalan jauh.

Anda masih boleh mengetik, meleret atau menaip semasa skrin anda dikawal dari jauh—tindakan anda akan diutamakan berbanding tindakan jauh.

Tolak permintaan kawalan jauh

Apabila anda menerima pemberitahuan permintaan kawalan jauh semasa perkongsian skrin anda dalam app FaceTime pada iPad anda, ketik Jangan Benarkan. Perkongsian skrin diteruskan dan peserta lain masih boleh mengetik, melukis atau menulis pada skrin anda untuk menyerlahkan kawasan penting.

Hentikan kawalan jauh

Anda boleh menghentikan kawalan jauh pada bila-bila masa. Lakukan salah satu daripada berikut:

  • Jika anda membenarkan seseorang mengawal skrin anda: Ketik Henti di bahagian atas kanan tetingkap perkongsian skrin.

  • Jika anda mengawal skrin orang lain: Ketik butang Kawalan Jauh.

Menamatkan panggilan FaceTime juga menamatkan kawalan jauh dan perkongsian skrin.

Kawalan jauh tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat Tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.