Padam atau pulihkan item dalam Peringatan pada iPad

Anda boleh memadam item secara kekal daripada senarai Peringatan anda. Jika anda memadam item secara tidak sengaja, anda boleh memulihkannya dalam masa 30 hari daripada senarai Terbaru Dipadam.

Padam item

  1. Pergi ke app Peringatan pada iPad anda.

  2. Semasa melihat senarai, leret ke kiri pada item, kemudian ketik Padam.

Untuk membuat asal secara serta-merta, ketik dengan tiga jari atau goncang iPad anda.

Pulihkan atau padamkan secara kekal item yang terbaru dipadam

  1. Pergi ke app Peringatan pada iPad anda.

  2. Dalam paparan senarai, ketik Terbaru Dipadam.

  3. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Pulihkan item: Ketik item, kemudian ketik Pulihkan. Item dialihkan ke senarai lalai.

    • Padam item secara kekal: Leret ke kiri pada item, ketik Padam, kemudian ketik Padam sekali lagi. Item dikeluarkan serta-merta daripada semua peranti anda.

Item yang tinggal dalam Terbaru Dipadam akan dikeluarkan secara automatik dan kekal selepas 30 hari.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.