Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Masukkan lakaran, foto dan imbasan daripada iPad anda pada Mac

Dengan ciri Kamera Kesinambungan dan Lakaran Kesinambungan, anda boleh melukis lakaran, mengambil foto atau mengimbas dokumen menggunakan iPad anda yang berdekatan dan membuatkannya kelihatan serta-merta pada Mac anda, tepat di tempat anda memerlukannya—contohnya, dalam e-mel, nota atau folder. Anda juga boleh menandakan fail pada Mac anda dengan iPad anda menggunakan Penanda Kesinambungan.

Anda boleh menggunakan Kamera Kesinambungan, Lakaran Kesinambungan dan Penanda Kesinambungan dengan iPad dan Mac.

iPad menunjukkan lakaran, bersebelahan Mac yang lakaran kelihatan dalam nota.

Sebelum anda bermula

Pastikan yang berikut:

Jika anda menggunakan VPN, pastikan konfigurasinya tidak menghalang rangkaian tempatan kerana ia mungkin mengganggu sesetengah ciri Kesinambungan.

Bergantung pada tempat foto atau imbasan dimasukkan, anda boleh menandakannya atau melaraskan aspek lain seperti memangkasnya atau menggunakan penapis.

Masukkan lakaran, foto dan imbasan daripada iPad anda

Anda boleh melukis lakaran pada iPad anda dan membuatnya kelihatan pada Mac anda dengan Lakaran Kesinambungan, atau ambil foto atau imbas dokumen pada iPad anda dan membuatnya kelihatan pada Mac anda dengan Kamera Kesinambungan.

  1. Pada Mac anda, Control-klik di tempat anda mahu masukkan lakaran atau foto—contohnya, dalam tetingkap terbuka, seperti nota atau mesej e-mel.

    Anda juga boleh Control-klik desktop atau folder dalam tetingkap Finder.

  2. Pilih pilihan daripada menu timbul.

    Anda mungkin perlu mengklik “Masukkan daripada iPhone atau iPad” sebelum melihat pilihan.

  3. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Tambah lakaran: Pada iPad anda, lukis lakaran menggunakan jari anda.

      Pada iPad, anda juga boleh menggunakan Apple Pencil.

    • Ambil foto: Pada iPad anda, ambil foto, kemudian ketik Gunakan Foto atau Ambil Semula.

    • Imbas dokumen: Pada iPad anda, imbas dokumen. iPad anda mengesan pinggir dokumen dan membetulkan sebarang herotan pada imej secara automatik. Jika anda mahu melaraskan kawasan yang disertakan dalam imbasan, seret bingkai atau hujungnya. Apabila anda bersedia, ketik Simpan Imbasan atau Ambil Semula. Anda boleh teruskan mengimbas dokumen sehingga anda selesai, kemudian ketik Simpan.

Bergantung pada tempat foto atau imbasan dimasukkan, anda boleh menandakannya atau melaraskan aspek lain seperti memangkasnya atau menggunakan penapis.

Nota: Imbasan yang anda ambil pada iPad anda tidak disimpan pada peranti.

Gunakan iPad anda untuk menandakan fail pada Mac anda

Gunakan iPad anda untuk menambah teks, membuat lukisan, memutar dan memangkas imej, dokumen PDF dan banyak lagi pada Mac anda, yang dipanggil Penanda Kesinambungan.

  1. Pada Mac anda, klik desktop untuk membuka Finder.

  2. Control-klik fail yang anda mahu tandakan, pilih Tindakan Cepat, kemudian pilih Penanda.

    Fail terbuka.

  3. Dalam bar alat, klik butang iPad atau klik butang Penanda (butang mungkin mempunyai anak panah bersebelahannya), kemudian pilih peranti anda.

  4. Gunakan alat Penanda untuk melukis, menambah teks atau bentuk dan banyak lagi.

    Pada iPad, anda juga boleh menggunakan Apple Pencil.

  5. Apabila anda selesai, ketik Selesai pada iPad anda.

  6. Untuk menyimpan perubahan anda, klik Selesai pada Mac anda.

Jika Kamera Kesinambungan, Lakaran Kesinambungan atau Penanda Kesinambungan tidak berfungsi

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.