Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar tarikh dan masa pada iPad

Zon waktu pada iPad anda disetkan secara automatik, tetapi jika anda tidak mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi atau anda tidak mempunyai perkhidmatan, anda boleh menukarnya secara manual.

Setkan tarikh dan masa

  1. Pergi ke app Seting  pada iPad anda.

  2. Ketik Umum, kemudian ketik Tarikh & Masa.

  3. Nyahaktifkan Set Secara Automatik, kemudian ketik Zon Waktu.

  4. Masukkan lokasi dalam medan carian, kemudian ketik hasil untuk menukar zon waktu.

Tukar format jam

  1. Pergi ke app Seting  pada iPad anda.

  2. Ketik Umum, kemudian ketik Tarikh & Masa.

  3. Aktifkan atau nyahaktifkan Masa 24 Jam untuk memilih cara memaparkan masa.

Petua: Untuk menukar warna fon dan gaya jam pada Skrin Kunci, lihat Cipta Skrin Kunci tersuai.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.