Tambah dan gunakan maklumat hubungan pada iPad

Anda boleh menggunakan app Kenalan untuk mencipta, mencari, berkongsi dan memadam kenalan.

Siri: Siri boleh mengemas kini maklumat tentang kenalan. Sebut sesuatu seperti, “Liyana ialah adik perempuan saya”. Ketahui cara menggunakan Siri.

Cipta kenalan

  1. Pergi ke app Kenalan pada iPad anda.

  2. Ketik butang Tambah.

Siri juga mencadangkan kenalan baharu berdasarkan penggunaan app lain anda, seperti e-mel yang anda terima dalam Mail dan jemputan yang anda terima dalam Kalendar. (Untuk menyahaktifkan ciri ini, pergi ke Seting  > App > Kenalan > Siri, kemudian nyahaktifkan Tunjukkan Cadangan Kenalan.)

Berdasarkan cara anda menggunakan Kenalan, Siri juga menyediakan cadangan maklumat hubungan dalam app lain. (Untuk menyahaktifkan ciri ini, pergi ke Seting  > App > Kenalan > Siri, kemudian nyahaktifkan “Belajar daripada App ini”.) Lihat Cadangan Siri.

Cari kenalan

Ketik medan carian di bahagian atas senarai kenalan, kemudian masukkan nama, alamat, nombor telefon, atau maklumat hubungan lain.

Anda juga boleh mencari kenalan anda menggunakan Cari (lihat Cari dengan Spotlight).

Kongsi kenalan

  1. Pergi ke app Kenalan pada iPad anda.

  2. Ketik kenalan, ketik Kongsi Kenalan, kemudian pilih medan yang anda mahu kongsi.

  3. Ketik butang Selesai, kemudian pilih pilihan perkongsian, seperti Mesej atau Mail.

Capai kenalan dengan cepat

  1. Pergi ke app Kenalan pada iPad anda.

  2. Ketik kenalan.

  3. Ketik butang di bawah nama kenalan untuk melakukan mana-mana yang berikut: mulakan mesej, buat panggilan telefon atau panggilan FaceTime; atau karang e-mel.

Untuk menukar nombor telefon atau alamat e-mel lalai untuk kaedah kenalan, sentuh dan tahan butang untuk kaedah tersebut di bawah nama kenalan, kemudian ketik pilihan dalam senarai.

Padam kenalan

  1. Pergi ke app Kenalan pada iPad anda.

  2. Pergi ke kad kenalan, kemudian ketik Edit.

  3. Skrol ke bawah, kemudian ketik Padam Kenalan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.