Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cipta berbilang profil Safari pada iPad

Anda boleh mencipta berbilang profil Safari—seperti Kerja dan Peribadi—dan menggunakannya untuk memisahkan pelayaran internet anda kepada tema berbeza. Setiap profil mempunyai kegemaran, sejarah, tab dan Kumpulan Tab berasingan. Anda boleh menambah, mengedit dan mengeluarkan profil pada bila-bila masa.

Cipta profil

Profil yang anda cipta pada iPad akan kelihatan dalam seting Safari pada sebarang iPhone, iPad atau Mac yang anda daftar masuk ke Akaun Apple yang sama.

  1. Pergi ke app Seting pada iPad anda.

  2. Ketik App, kemudian ketik Safari.

  3. Ketik Profil Baharu, kemudian ketik Nama.

  4. Masukkan nama untuk profil ini, kemudian pilih ikon dan warna.

  5. Di bawah Seting, ketik Kegemaran untuk memilih folder penanda buku.

    Jika anda mempunyai berbilang folder penanda buku, pilihan ini memilih folder tapak web ditandakan yang dicadangkan semasa anda memasukkan alamat, mencari atau mencipta tab baharu. Contohnya, jika anda mempunyai penanda buku berkaitan kerja, anda boleh mencipta profil kerja dan menggunakan medan ini untuk memastikan yang tapak web tersebut dicadangkan semasa anda menaip dalam medan alamat.

  6. Ketik Buka Tab Baharu dan pilih halaman yang anda mahu dibuka dalam tab baharu.

  7. Ketik butang Selesai.

Gunakan profil dalam Safari

Anda boleh melayari internet menggunakan profil, atau beralih antara profil dengan mudah.

  1. Pergi ke app Safari pada iPad anda.

  2. Ketik nama profil semasa di bahagian kiri atas tetingkap.

  3. Ketik Profil di bahagian bawah menu, kemudian pilih profil yang anda mahu gunakan.

Dalam Safari, menu Kumpulan Tab dibuka. Di bahagian bawah menu, Profil dipilih dan menu menunjukkan pilihan Peribadi, Sekolah dan Kerja.

Edit profil

  1. Pergi ke app Seting pada iPad anda.

  2. Ketik App, kemudian ketik Safari.

  3. Ketik profil yang anda mahu edit.

Pilih sambungan untuk digunakan dengan profil

Anda boleh memasang sambungan untuk menyesuaikan cara pelayar anda berfungsi pada iPad. Lihat Dapatkan sambungan untuk menyesuaikan Safari.

Jika anda memasang sambungan pada iPad, anda boleh menyesuaikan sambungan yang anda mahu gunakan dengan setiap profil.

  1. Pergi ke app Seting pada iPad anda.

  2. Ketik App, kemudian ketik Safari.

  3. Ketik profil, kemudian pilih setiap sambungan yang anda mahu gunakan dengan profil tersebut.

Keluarkan profil

Anda boleh memadamkan profil pada bila-bila masa. Tindakan ini juga memadamkan kegemaran dan sejarah yang dikaitkan dengan profil serta menutup semua tapak web yang dibuka dalam profil.

Penting: Tindakan ini tidak boleh dibuat asal.

  1. Pergi ke app Seting pada iPad anda.

  2. Ketik App, kemudian ketik Safari.

  3. Ketik profil.

  4. Ketik Padam Profil, kemudian ketik Padam untuk mengesahkan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.