Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Perlindungan Privasi Mail pada iPad

Dalam app Mail , aktifkan Perlindungan Privasi Mail bagi menjadikannya lebih sukar untuk pengirim mengetahui tentang aktiviti Mail anda. Perlindungan Privasi Mail menyembunyikan alamat IP anda supaya pengirim tidak boleh memautkannya kepada aktiviti dalam talian anda yang lain atau menentukan lokasi tepat anda. Ia juga menghalang pengirim daripada melihat jika anda membuka mesej e-mel yang dihantar kepada anda.

  1. Pergi ke Seting  > App > Mail.

  2. Ketik Perlindungan Privasi, kemudian aktifkan Lindungi Aktiviti Mail.

    Nota: Apabila anda melanggan iCloud+, anda juga boleh menggunakan Sembunyikan E-mel Saya untuk menjana alamat e-mel unik dan rawak yang dimajukan kepada akaun e-mel peribadi anda supaya anda tidak perlu berkongsi akaun e-mel peribadi anda semasa mengisi borang pada web atau mendaftar untuk surat berita. Lihat Gunakan Sembunyikan E-mel Saya.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.