Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Fokus Tidur pada iPad

Selepas anda menyediakan Fokus Tidur, anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkannya dengan cepat dalam Pusat Kawalan. Fokus Tidur membantu mengurangkan gangguan sebelum dan semasa waktu tidur. Sebagai contoh, ia boleh menapis keluar pemberitahuan dan panggilan telefon serta ia boleh memberi isyarat kepada orang lain yang anda tidak tersedia.

Sediakan Fokus Tidur

  1. Pergi ke app Seting  pada iPad anda.

  2. Ketik Fokus, kemudian ketik Tidur.

  3. Sesuaikan Fokus anda.

    Sebagai contoh, anda boleh membenarkan gangguan daripada orang yang penting kepada anda, menyesuaikan Skrin Kunci dan Skrin Utama, serta menyesuaikan cara app dan peranti anda berkelakuan apabila Fokus Tidur diaktifkan.

Aktifkan atau nyahaktifkan Fokus Tidur anda dengan cepat

  1. Buka Pusat Kawalan pada iPad anda.

  2. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Aktifkan Fokus Tidur: Ketik Fokus, kemudian ketik Tidur.

    • Nyahaktifkan Fokus Tidur: Ketik Tidur, kemudian ketik Tidur sekali lagi.

Petua: Jika Fokus Tidur anda aktif, anda juga boleh menyahaktifkannya dengan cepat apabila anda menyentuh dan menahan Tidur pada Skrin Kunci, kemudian ketik Tidur.

Fokus Tidur anda diaktifkan atau dinyahaktifkan lagi pada waktu tidur atau waktu bangun anda yang dijadualkan seterusnya.

Untuk berkongsi seting Fokus Tidur anda dengan peranti lain anda, pastikan anda mengaktifkan Kongsi Merentas Peranti. Pergi ke app Seting , ketik Fokus, kemudian ketik Kongsi Merentas Peranti.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.