Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Teks Langsung dengan kamera iPad anda

Pada model disokong, gunakan kamera iPad anda untuk menyalin, berkongsi, mencari dan menterjemahkan teks yang kelihatan dalam bingkai kamera. Kamera juga memberikan tindakan cepat untuk memanggil nombor telefon, melawat tapak web, menukar mata wang dan banyak lagi dengan mudah, berdasarkan teks yang kelihatan dalam bingkai.

  1. Buka Kamera Kamera pada iPad anda.

  2. Tempatkan iPad anda supaya teks kelihatan dalam bingkai kamera.

  3. Selepas bingkai kuning kelihatan di sekeliling teks yang dikesan, ketik butang Teks Langsung.

  4. Sentuh dan tahan teks, kemudian gunakan titik capai untuk memilih teks khusus dan melakukan mana-mana tindakan di bawah:

    • Salin: Salin teks untuk menampal pada app lain seperti Nota atau Mesej.

    • Pilih Semua: Pilih semua teks dalam bingkai.

    • Rujuk: Tunjukkan cadangan web diperibadikan.

    • Terjemah: Terjemah teks.

    • Cari Web: Cari teks dipilih di web.

    • Kongsi: Kongsi teks menggunakan AirDrop, Mesej, Mail atau pilihan lain yang tersedia.

      Petua: Bergantung pada kandungan, anda boleh mengetik tindakan cepat di bahagian bawah skrin untuk melakukan perkara seperti buat panggilan telefon, lawati tapak web, mulakan e-mel, tukar mata wang dan banyak lagi.

  5. Ketik butang Teks Langsung Aktif untuk kembali ke Kamera.

Untuk menyahaktifkan Teks Langsung pada kamera iPad anda, pergi ke Seting  > Kamera, kemudian nyahaktifkan Tunjukkan Teks Dikesan.

Nota: Teks Langsung tidak tersedia di semua rantau atau bahasa. Lihat Tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.