Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cari foto dan video mengikut jenis media pada iPad

Dalam app Foto, anda boleh mencari koleksi foto dan video yang disusun mengikut jenis media. Contohnya, layari semua foto mod Potret atau video selang masa anda di satu tempat.

Jenis Media dibuka dalam app Foto yang menunjukkan koleksi video, swafoto, Live Photos, potret dan banyak lagi.

Layari foto dan video mengikut jenis media

  1. Pergi ke app Foto pada iPad anda.

  2. Ketik Koleksi, skrol ke bawah, kemudian ketik Jenis Media.

  3. Ketik jenis foto atau video yang anda mahu lihat.

Petua: Untuk mencari jenis media kegemaran anda dengan cepat, tambahnya kepada koleksi Dipinkan. Lihat Pinkan koleksi dan album.

Susun semula jenis media

Anda boleh menyusun semula senarai jenis media untuk membantu anda menemukan jenis media yang paling kerap anda akses.

  1. Pergi ke app Foto pada iPad anda.

  2. Ketik Koleksi, kemudian ketik Edit di bahagian atas skrin.

  3. Sentuh dan tahan jenis media yang anda mahu susun semula, kemudian seretnya ke kedudukan baharu.

  4. Apabila anda selesai, ketik tanda semak di bahagian atas skrin.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.