Bina tabiat dengan Jurnal pada iPad

Dengan app Jurnal, anda boleh menjejak matlamat penjurnalan anda dan membina tabiat baharu.

Jejak matlamat penjurnalan dengan Cerapan

  1. Pergi ke app Jurnal pada iPad anda.

    Pencapaian berterusan semasa anda—bilangan hari atau minggu berterusan anda menulis jurnal—dan cerapan lain berada dalam bar sisi.

  2. Ketik Cerapan, kemudian ketik mana-mana jubin untuk melihat lebih banyak butiran.

    Petua: Ketik butang Togol Bar Sisi untuk membuka dan menutup bar sisi.

    Skrin dalam app Jurnal menunjukkan pencapaian berterusan semasa dan metrik seperti bilangan perkataan yang ditulis.

Setkan jadual penjurnalan

Anda boleh diingatkan untuk menulis dengan pemberitahuan penjurnalan.

  1. Pergi ke app Jurnal pada iPad anda.

  2. Dalam bar sisi, ketik butang Lagi, kemudian ketik Pemberitahuan.

  3. Ketik Tersuai, kemudian setkan jadual mingguan.

Gunakan widget Jurnal

Tambah widget ke Skrin Utama atau Skrin Kunci anda dengan pencapaian berterusan semasa anda atau gesaan menulis yang bertukar sepanjang hari supaya anda boleh fikirkan perkara yang berlaku pada ketika itu.

  1. Pada Skrin Utama atau Skrin Kunci iPad, tambah widget Jurnal.

  2. Untuk menukar widget, sentuh dan tahan widget, kemudian ketik Edit Widget.

  3. Ketik widget untuk memilih daripada gesaan menulis berbeza, mulakan catatan baharu atau melihat butiran tentang pencapaian berterusan semasa anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.