Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Terima panggilan FaceTime pada iPad

Dalam app FaceTime, anda boleh menjawab panggilan video dan audio, menolak panggilan, melihat mesej video atau mendengar mel suara dan memadamkan panggilan daripada sejarah panggilan anda.

Nota: Mel Suara Langsung tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Lihat Tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.

Jawab panggilan FaceTime

Apabila panggilan FaceTime masuk, lakukan mana-mana yang berikut:

  • Terima panggilan: Untuk menjawab panggilan video, ketik butang Video, kemudian ketik Sertai. Untuk menjawab panggilan audio, ketik butang Audio.

    Jika gelangsar kelihatan, anda boleh menyeretnya ke kanan untuk menjawab.

  • Tolak panggilan: Ketik butang Tolak Panggilan Video (untuk panggilan video) atau butang Tolak Panggilan Audio (untuk panggilan audio).

    Untuk panggilan audio FaceTime, ketik Mesej untuk menghantar mesej teks atau ketik Mel Suara untuk menghantar mel suara kepada pemanggil. (Anda mungkin perlu mengetik sepanduk panggilan masuk untuk melihat pilihan ini.)

  • Tahan panggilan semasa: Ketik Tahan dan Terima.

    Nota: Pilihan ini hanya tersedia jika anda berada dalam panggilan audio FaceTime dan anda menerima panggilan masuk audio FaceTime yang lain. Jika tidak, anda boleh mengetik Tamatkan & Terima untuk menamatkan panggilan semasa dan menjawab panggilan masuk.

Petua: Anda boleh membuatkan Siri mengumumkan panggilan masuk, yang anda boleh terima atau tolak menggunakan suara anda.

Lihat mesej video atau dengar mel suara

Jika anda tidak menjawab panggilan video yang masuk dan pemanggil meninggalkan mesej video, anda menerima pemberitahuan tentang mesej video tersebut. Imej kecil daripada video juga kelihatan dalam sejarah panggilan FaceTime anda. Anda boleh mengetik pemberitahuan atau imej untuk melihat mesej video.

Nota: Anda boleh menerima mesej video hanya daripada kenalan disimpan, orang yang anda telah panggil dan orang yang dicadangkan oleh Siri.

Jika anda terlepas panggilan audio masuk, pemanggil boleh meninggalkan mel suara jika anda mengaktifkan Mel Suara Langsung dalam Seting  > App > Telefon dan iPhone anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama untuk FaceTime seperti iPad anda.

Sejarah panggilan FaceTime, menunjukkan panggilan FaceTime Kumpulan, panggilan audio, mesej video, mesej audio dan pautan ke panggilan FaceTime.

Padamkan panggilan daripada sejarah panggilan anda

  1. Pergi ke app FaceTime  pada iPad anda.

  2. Sentuh dan tahan panggilan dalam sejarah panggilan anda, kemudian ketik Padam.

Petua: Untuk mengakses semua mesej video atau mel suara daripada kenalan khusus dengan cepat, ketik nama mereka dalam sejarah panggilan, kemudian ketik butang Mel Suara atau butang Video.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.