Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Isi borang, tandatangan dokumen dan cipta tandatangan pada iPad

Anda boleh mengisi borang dan menandatangani dokumen yang anda terima pada iPad anda. Selepas anda melengkapkan borang, anda boleh menambah tandatangan anda dan berkongsinya dengan orang lain. Anda juga boleh menggunakan Isi Auto untuk mengisi borang dengan cepat menggunakan maklumat yang anda simpan dalam app Kenalan. Dalam app disokong, anda boleh menggunakan Penanda untuk menambahkan tandatangan anda ke dokumen atau mencipta berbilang tandatangan untuk digunakan dalam imej dan dokumen berbeza.

Isikan borang dan tambah tandatangan

  1. Pergi ke fail yang anda mahu buka.

  2. Ketik fail untuk membuka dokumen.

    Jika digesa, buka dokumen dalam app Fail, kemudian ketik Simpan.

  3. Ketik butang Isi Auto, kemudian ketik medan kosong untuk memasukkan teks menggunakan papan kekunci atas skrin.

  4. Untuk mengisi medan lain, ketiknya, kemudian masukkan teks.

  5. Untuk menambah teks tambahan atau menambah tandatangan anda, ketik butang Tambah, kemudian lakukan satu daripada berikut:

    • Tambah teks: Ketik Tambah Kotak Borang Teks, seret kotak teks ke tempat anda mahukannya pada borang, kemudian masukkan teks menggunakan papan kekunci atas skrin.

    • Tambah tandatangan anda: Ketik Tambah Tandatangan, tandatangan nama anda dengan jari anda atau Apple Pencil, kemudian ketik Selesai. Seret tandatangan anda ke tempat yang anda mahukannya kelihatan pada dokumen.

  6. Apabila anda selesai, ketik butang Kongsi untuk berkongsi dokumen lengkap menggunakan Mail, Mesej atau AirDrop.

  7. Ketik Selesai untuk menutup dokumen.

Isi borang dengan Isi Auto

Anda boleh menggunakan Isi Auto untuk memasukkan maklumat peribadi anda dengan cepat dalam borang dan dokumen disokong, selagi anda telah melengkapkan Kad Saya dalam app Kenalan.

  1. Pergi ke fail yang anda mahu buka.

  2. Ketik fail untuk membuka dokumen.

    Jika digesa, buka dokumen dalam app Fail, kemudian ketik Simpan.

  3. Ketik butang Isi Auto, kemudian ketik medan kosong.

  4. Ketik pilihan daripada info hubungan anda yang disimpan untuk melengkapkan medan.

    Ketik “Pilih lain” untuk menggunakan Isi Auto untuk memasukkan maklumat orang lain daripada senarai kenalan anda, seperti ahli keluarga atau penjaga.

  5. Ketik mana-mana medan untuk memilihnya, kemudian ketik lagi untuk membuat perubahan menggunakan papan kekunci atas skrin.

  6. Ketik Selesai untuk menutup dokumen.

Tambah tandatangan anda dengan Penanda

Dalam app disokong, seperti Nota dan Foto, anda boleh menggunakan alat Penanda untuk menambahkan tandatangan anda ke imej dan dokumen.

  1. Dalam app disokong, ketik butang Penanda atau Penanda.

  2. Dalam bar alat Penanda, ketik butang Tambah, kemudian ketik Tambah Tandatangan.

  3. Gunakan jari anda atau Apple Pencil untuk menandatangani nama anda.

    Untuk membuat semula tandatangan anda, ketik Kosongkan, kemudian tandatangan nama anda lagi.

  4. Ketik Selesai, kemudian lakukan mana-mana pelarasan berikut:

    • Alihkan tandatangan: Seretnya.

    • Saizkan semula tandatangan: Seret sebarang titik di sepanjang garis kasar.

    • Tukar tebal garis atau warna tandatangan: Ketik pilihan dalam bar alat Penanda.

    • Potong, salin, duplikasi, kongsi atau padamkan tandatangan: Ketik butang Lagi bersebelahan tandatangan, kemudian ketik pilihan.

  5. Apabila anda selesai melaraskan tandatangan, ketik di luar kotak teks.

Tambah atau padamkan tandatangan

Selepas anda mencipta tandatangan, iPad menyimpannya untuk digunakan kali seterusnya anda menambahkan tandatangan dengan Penanda. Anda boleh mencipta berbilang tandatangan, seperti nama panggilan atau parap dan memadamkan tandatangan.

  1. Dalam app disokong, ketik butang Penanda atau Penanda.

  2. Dalam bar alat Penanda, ketik butang Tambah, kemudian ketik Tambah Tandatangan.

  3. Ketik Tambah atau Keluarkan Tandatangan, kemudian ketik butang Tambah untuk mencipta tandatangan baharu.

  4. Ketik anak panah bersebelahan Tandatangan Baharu, kemudian ketik jenis tandatangan yang anda mahu tambah, seperti nama diberi, nama panggilan atau parap.

  5. Gunakan jari anda atau Apple Pencil untuk menandatangani, kemudian ketik Selesai.

Untuk memadamkan tandatangan, ketik butang Tambah, kemudian ketik Tambah Tandatangan. Ketik Tambah atau Keluarkan Tandatangan, kemudian ketik butang Padam bersebelahan mana-mana tandatangan yang anda mahu padam.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.