Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Isikan borang dan tandatangan dokumen pada iPad

Anda boleh mengisi borang dan menandatangani dokumen yang anda terima pada iPad anda. Selepas anda melengkapkan borang, anda boleh menambah tandatangan anda dan berkongsinya dengan orang lain. Anda juga boleh menggunakan Isi Auto untuk mengisi borang dengan cepat menggunakan maklumat yang anda simpan dalam app Kenalan .

Isikan borang dan tambah tandatangan

  1. Ketik fail untuk membuka dokumen.

    Jika digesa, buka dokumen dalam app Fail , kemudian ketik Simpan.

  2. Ketik butang Isi Auto, kemudian ketik medan kosong untuk memasukkan teks menggunakan papan kekunci atas skrin.

  3. Untuk mengisi medan lain, ketiknya, kemudian masukkan teks.

  4. Untuk menambah teks tambahan atau menambah tandatangan anda, ketik butang Tambah, kemudian lakukan satu daripada berikut:

    • Tambah teks: Ketik Tambah Kotak Borang Teks, seret kotak teks ke tempat anda mahukannya pada borang, kemudian masukkan teks menggunakan papan kekunci atas skrin.

    • Tambah tandatangan anda: Ketik Tambah Tandatangan, tandatangan nama anda dengan jari anda atau Apple Pencil, kemudian ketik Selesai. Seret tandatangan anda ke tempat yang anda mahukannya kelihatan pada dokumen.

  5. Apabila anda selesai, ketik butang Kongsi untuk berkongsi dokumen lengkap menggunakan Mail, Mesej atau AirDrop.

  6. Ketik Selesai untuk menutup dokumen.

Isi borang dengan Isi Auto

Anda boleh menggunakan Isi Auto untuk memasukkan maklumat peribadi anda dengan cepat dalam borang dan dokumen disokong setelah anda melengkapkan Kad Saya anda dalam app Kenalan (iPadOS 17.2 atau lebih baharu).

  1. Ketik fail untuk membuka dokumen.

    Jika digesa, buka dokumen dalam app Fail , kemudian ketik Simpan.

  2. Ketik butang Isi Auto, kemudian ketik medan kosong.

  3. Ketik pilihan daripada info hubungan anda yang disimpan untuk melengkapkan medan.

    Ketik “Pilih lain” untuk menggunakan Isi Auto untuk memasukkan maklumat orang lain daripada senarai kenalan anda, seperti ahli keluarga atau penjaga.

  4. Ketik mana-mana medan untuk memilihnya, kemudian ketik lagi untuk membuat perubahan menggunakan papan kekunci atas skrin.

  5. Ketik Selesai untuk menutup dokumen.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.