Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sediakan Masa Skrin pada iPad

Dalam Masa Skrin, anda boleh menjadualkan masa rehat daripada skrin, mengesetkan had masa untuk penggunaan app dan banyak lagi.

Jadualkan waktu rehat daripada skrin.

Anda boleh menyekat app dan pemberitahuan untuk tempoh yang anda mahu berehat daripada menggunakan peranti anda. Contohnya, anda mungkin mahu menjadualkan masa henti semasa waktu makan atau waktu tidur.

Semasa masa henti, hanya panggilan, mesej dan app yang anda pilih untuk benarkan tersedia. Anda boleh menerima panggilan daripada kenalan yang anda pilih untuk benarkan komunikasi pada masa henti dan anda boleh menggunakan app yang anda pilih untuk benarkan sepanjang masa.

  1. Pergi ke Seting  > Masa Skrin.

  2. Ketik Aktiviti App & Tapak Web, kemudian aktifkan Aktiviti App & Tapak Web jika anda belum berbuat demikian.

  3. Ketik Masa Henti, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:

    • Ketik Aktifkan Masa Henti Sehingga Esok.

    • Ketik Dijadualkan untuk menjadualkan masa henti terlebih dahulu.

    Apabila anda menjadualkan masa henti, peringatan 5 minit dihantar sebelum masa henti bermula. Anda boleh mengabaikan peringatan atau mengaktifkan masa henti sehingga masa henti dijadualkan bermula.

  4. Pilih Setiap Hari atau Sesuaikan Hari, kemudian setkan masa mula dan tamat.

Anda boleh menyahaktifkan jadual Masa Henti pada bila-bila masa dengan menyahaktifkan Dijadualkan.

Setkan had untuk penggunaan app

Anda boleh mengesetkan masa henti untuk kategori app (contohnya, Permainan atau Rangkaian Sosial) dan untuk app individu.

  1. Pergi ke Seting  > Masa Skrin.

  2. Ketik Had App, kemudian ketik Tambah Had.

  3. Pilih satu atau lebih kategori app.

    Untuk mengesetkan had untuk app individu, ketik nama kategori untuk melihat semua app dalam kategori itu, kemudian pilih app yang anda mahu hadkan. Jika anda memilih berbilang kategori atau app, had masa yang anda setkan digunakan untuk semua pilihan anda.

  4. Ketik Seterusnya, kemudian setkan jumlah masa yang dibenarkan.

    Untuk mengesetkan jumlah masa untuk setiap hari, ketik Sesuaikan Hari, kemudian setkan had untuk hari tertentu.

  5. Apabila anda selesai mengesetkan had, ketik Tambah.

Pilih app dan kenalan untuk membenarkan sepanjang masa

Anda boleh menentukan app yang boleh digunakan dan kenalan yang anda boleh hubungi sepanjang masa—contohnya, semasa kecemasan—walaupun pada masa henti.

  1. Pergi ke Seting  > Masa Skrin > Sentiasa Dibenarkan.

  2. Di Bawah App Dibenarkan, ketik atau bersebelahan app untuk menambah atau mengeluarkannya daripada senarai App Dibenarkan.

  3. Untuk menentukan kenalan yang anda mahu benarkan komunikasi dengannya, ketik Kenalan.

    Pilihan yang anda pilih dalam Had Komunikasi kelihatan di sini. Anda boleh menukar seting ini ke Kenalan Khusus, kemudian pilih salah satu daripada yang berikut:

    • Pilih Daripada Kenalan Saya: Untuk memilih orang khusus bagi membenarkan komunikasi dengannya.

    • Tambah Kenalan Baharu: Untuk menambah kenalan baharu dan membenarkan komunikasi dengan orang tersebut.

  4. Ketik butang Balik di bahagian kiri atas.

Aktifkan atau nyahaktifkan app dan ciri terbina dalam

Anda boleh mengehadkan penggunaan app atau ciri terbina dalam. Jika anda menyahaktifkan app, ia tidak dipadamkan; ia disembunyikan buat sementara daripada Skrin Utama anda sehingga anda mengaktifkannya semula.

  1. Pergi ke Seting  > Masa Skrin.

  2. Ketik Pengehadan Kandungan & Privasi, kemudian aktifkan Pengehadan Kandungan & Privasi.

  3. Ketik App & Ciri Dibenarkan, kemudian nyahaktifkan app atau ciri yang anda mahu hadkan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.