Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Mod Kuasa Rendah untuk menjimatkan hayat bateri pada iPad

Mod Kuasa Rendah mengurangkan jumlah kuasa yang iPad anda gunakan apabila bateri rendah. Ia mengoptimumkan prestasi untuk tugasan penting seperti membuat dan menerima panggilan, mengirim dan menerima e-mel serta mesej, mengakses internet dan banyak lagi. Pada model dengan teknologi paparan ProMotion, Mod Kuasa Rendah mengehadkan kadar segar semula skrin kepada 60 bingkai per saat.

Nota: iPad anda mungkin melaksanakan sesetengah tugas dengan lebih perlahan apabila berada dalam Mod Kuasa Rendah.

Jika iPad bertukar ke Mod Kuasa Rendah secara automatik, ia menyahaktifkan Mod Kuasa Rendah selepas mengecas ke 80%.

Aktifkan atau nyahaktifkan Mod Kuasa Rendah

Mod Kuasa Rendah diaktifkan secara automatik apabila paras bateri rendah dan dinyahaktifkan secara automatik apabila bateri dicas ke paras tertentu.

Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Mod Kuasa Rendah secara manual, gunakan mana-mana kaedah berikut:

  • Dalam Seting: Pergi ke Seting  > Bateri.

  • Dalam Pusat Kawalan: Buka Pusat Kawalan, kemudian ketik butang Mod Kuasa Rendah.

    (Jika anda tidak melihat butang Mod Kuasa Rendah, tambahnya ke Pusat Kawalan—pergi ke Seting  > Pusat Kawalan, kemudian ketik butang Masukkan bersebelahan Mod Kuasa Rendah.)

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.