Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Buat senarai barang runcit dalam Peringatan pada iPad

Dalam app Peringatan, anda boleh mencipta senarai barang runcit untuk menjadikan beli-belah lebih mudah. Item diisih ke dalam kategori secara automatik. Anda boleh menukar cara item dikumpulkan dan senarai mengingati keutamaan anda. Dengan paparan lajur, bahagian disusun sebagai lajur merentas skrin anda, menjadikannya mudah untuk menggambarkan item pada senarai anda.

Senarai barang runcit dalam Peringatan, dengan kategori disusun dalam lajur. Butang Item Baharu di bahagian kiri bawah.

Nota: Semua ciri Peringatan yang diterangkan dalam panduan ini tersedia apabila anda menggunakan peringatan yang dikemas kini dalam iCloud. Sesetengah ciri tidak tersedia semasa menggunakan akaun lain.

Cipta senarai barang runcit baharu

  1. Buka app Peringatan pada iPad anda.

  2. Ketik Tambah Senarai, kemudian pilih akaun (jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun).

  3. Masukkan nama untuk senarai, ketik Jenis Senarai, kemudian pilih Barang Runcit.

    Skrin untuk mencipta senarai baharu dalam Peringatan. Anda boleh menyesuaikan nama, jenis senarai, warna dan ikon.
  4. Pilih warna dan simbol untuk senarai (pilihan).

Tambah item baharu ke senarai barang runcit anda

Skrin menunjukkan senarai barang runcit dalam Peringatan. Sesetengah item dalam senarai mempunyai tag dan foto yang dilampirkan. Butang Item Baharu di bahagian kiri bawah.
  1. Dalam senarai barang runcit anda, ketik Item Baharu, kemudian masukkan perihalan item.

  2. Untuk memasukkan lebih banyak maklumat, ketik Tambah Nota.

Anda juga boleh menambah item menggunakan Siri.

Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Tambahkan kentang pada senarai runcit saya.” Ketahui cara menggunakan Siri.

Tunjukkan senarai dalam lajur

Anda boleh memaparkan bahagian sebagai lajur merentas skrin anda, memudahkan visualisasi item pada senarai anda.

  1. Dalam senarai barang runcit anda, ketik butang Lagi, kemudian ketik Lihat sebagai Lajur.

    Senarai semak untuk perjalanan perkhemahan dalam Peringatan. Sesetengah item mempunyai tag, lokasi, tag dan foto. Butang Peringatan Baharu di bahagian kiri bawah.
  2. Untuk mengkategorikan semula item, seretnya ke dalam lajur yang berbeza.

Cipta bahagian tersuai

  1. Dalam senarai barang runcit anda, ketik butang Lagi, kemudian ketik Urus Bahagian.

  2. Ketik Bahagian Baharu, kemudian masukkan nama

Namakan semula dan susun semula bahagian

  • Namakan semula bahagian: Pilih nama bahagian, kemudian masukkan nama baharu.

  • Alihkan bahagian: Sentuh dan tahan bahagian, kemudian seretnya ke kedudukan baharu.

    Nota: Anda tidak boleh mengalihkan bahagian Lain.

Anda juga boleh mengetik butang Lagi, ketik Urus Bahagian, kemudian ketik Edit Bahagian.

Alihkan item ke dalam bahagian yang berbeza

Anda boleh menyentuh dan menahan item, kemudian menyeretnya ke dalam bahagian yang berbeza.

Untuk mengalihkan berbilang item, lakukan yang berikut:

  1. Ketik butang Lagi, ketik Pilih Item, kemudian pilih item yang anda mahu alihkan.

  2. Ketik butang Alihkan ke Bahagian, kemudian pilih bahagian.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.