Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Baca buku dalam app Buku pada iPad

Dalam app Buku , anda boleh melihat buku yang anda sedang baca, mahu baca, koleksi buku dan banyak lagi

Yang berikut tersedia dalam bar sisi. Ketik butang Bar Sisi atau putarkan iPad ke paparan landskap untuk melihat bar sisi secara automatik.

  • Laman Utama: Ketik untuk mengakses buku, buku audio dan PDF yang anda sedang baca, mendapatkan cadangan diperibadikan untuk bacaan seterusnya, mencari buku yang anda tandakan sebagai ingin baca dan banyak lagi. Anda juga boleh mengesetkan matlamat bacaan harian dan menjejak buku yang anda selesai baca sepanjang tahun.

  • Pustaka: Ketik Semua untuk melihat semua buku, buku audio, sampel, siri dan PDF yang anda dapat daripada Kedai Buku atau ditambah ke Buku secara manual. Anda juga melihat buku anda diisih mengikut koleksi, seperti Ingin Baca, Selesai dan Dimuat Turun.

  • Koleksi Saya: Atur buku anda dalam koleksi yang anda cipta. Lihat Cipta koleksi.

Skrin Laman Utama dalam app Buku, menunjukkan bahagian Semasa, Terbaharu dan Ingin Baca.

Baca buku

Ketik butang Bar Sisi atau putarkan iPad ke paparan landskap untuk melihat bar sisi secara automatik, kemudian ketik kategori seperti Laman Utama, Buku atau Buku Audio. Navigasi ke buku, ketik kulit buku untuk membukanya, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Menyelak halaman: Ketik margin kanan atau leret dari kanan ke kiri.

    Untuk membenarkan margin kiri atau kanan untuk menyelak halaman, pergi ke Seting  > Buku, kemudian aktifkan Maju Kedua-dua Margin.

  • Pergi semula ke halaman sebelumnya: Ketik margin kiri atau leret dari kiri ke kanan.

  • Kembali ke lokasi bacaan sebelumnya: Ketik halaman, kemudian ketik anak panah bulat di penjuru kiri atas halaman. Ketik anak panah bulat lagi, tetapi di penjuru kanan atas, untuk kembali ke lokasi semasa anda.

  • Pergi ke halaman atau lokasi khusus: Ketik halaman, ketik butang Menu, ketik Cari Buku, masukkan perkataan, frasa atau nombor halaman, kemudian ketik hasil.

  • Gunakan senarai kandungan: Ketik halaman, ketik butang Menu, kemudian ketik Kandungan.

    Petua: Untuk bergerak menerusi buku dengan cepat, sentuh dan tahan Kandungan, kemudian seret jari anda ke kiri atau kanan; lepaskan jari anda untuk pergi terus ke lokasi tersebut dalam buku.

  • Tutup buku: Ketik halaman, kemudian ketik butang Tutup di penjuru kanan atas, atau leret ke bawah daripada bahagian atas halaman.

Halaman buku dalam app Buku. Di bahagian atas skrin ialah butang untuk kembali ke halaman yang anda mula membaca dan untuk menutup buku. Di bahagian kanan bawah skrin ialah butang Menu.

Tukar penampilan teks dan halaman

  1. Ketik halaman, ketik butang Menu di bahagian bawah halaman, ketik Tema & Seting, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

    • Tukar saiz fon: Ketik A besar untuk meningkatkan saiz fon atau ketik A kecil untuk mengurangkannya.

    • Aktifkan penskrolan menegak: Ketik butang Gaya Selak Halaman Gelung, kemudian ketik Skrol butang Penskrolan Tataletak.

      Untuk PDF, ketik butang Penampilan di bahagian atas skrin, kemudian aktifkan Penskrolan Menegak.

    • Tukar gaya selak halaman: Ketik butang Gaya Selak Halaman Gelung, kemudian pilih pilihan.

    • Laraskan warna latar belakang: Ketik butang Pencahayaan Pilihan Penampilan, kemudian ketik pilihan.

    • Laraskan kecerahan paparan: Sentuh bar kecerahan, kemudian seret jari anda ke salah satu arah.

    • Tukar tema halaman Ketik tema halaman seperti Kosong atau Tebal.

    • Tukar fon: Ketik Sesuaikan, kemudian ketik Fon. Ketik nama fon, seperti Original atau Palatino, untuk melihat pratonton di bahagian atas skrin. Ketik Selesai untuk menggunakan fon.

    • Jadikan fon tebal: Ketik Sesuaikan, ketik butang bersebelahan Teks Tebal (hijau adalah aktif), kemudian ketik Selesai.

    • Sesuaikan jarak dan penjajaran: Ketik Sesuaikan, ketik di bawah Pilihan Kebolehcapaian & Tataletak, aktifkan Sesuaikan (hijau adalah aktif). Seret gelangsar ke kiri atau kanan untuk melaraskan jarak baris, jarak aksara dan jarak perkataan. Anda juga boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Jajarkan Teks (hijau adalah aktif). Ketik Selesai untuk menggunakan perubahan anda.

  2. Ketik halaman, kemudian ketik butang Tutup di penjuru kanan atas. Atau leret ke bawah daripada bahagian atas halaman (tidak tersedia jika penskrolan menegak diaktifkan).

    Halaman buku dalam app Buku. Pilihan Tema & Seting menunjukkan kawalan untuk saiz fon, paparan penskrolan, gaya selak halaman, kecerahan dan gaya fon.

    Nota: Anda boleh memilih sebelah sisi skrin yang butang menu kelihatan. Pergi ke Seting  > Buku, kemudian pilih Kiri atau Kanan di bawah Kedudukan Menu Membaca.

Untuk membuat asal penyesuaian teks dan tataletak, ketik butang Menu, ketik Sesuaikan, kemudian ketik Reset Tema.

Tandakan halaman

Apabila anda menutup buku, tempat anda disimpan secara automatik—anda tidak perlu menambah penanda buku. Tandakan halaman yang anda mahu kembali lagi.

Ketik halaman, ketik butang Menu, kemudian ketik Reben Penanda Buku; ketiknya lagi untuk mengeluarkan penanda buku.

Untuk mengakses semua penanda buku anda, ketik halaman, ketik butang Menu, ketik Penanda Buku & Serlahan, kemudian ketik Penanda Buku.

Kongsi pilihan teks atau pautan buku

Anda boleh menghantar pilihan teks menggunakan AirDrop, Mail, atau Mesej, atau anda boleh menambah pilihan ke Nota. Jika buku daripada Kedai Buku, pautan kepada buku disertakan dengan pilihan. (Perkongsian mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau).

  1. Sentuh dan tahan perkataan, kemudian alihkan titik capai untuk melaraskan pilihan.

  2. Ketik Kongsi, kemudian Mail, Mesej atau app atau perkhidmatan lain untuk berkongsi pilihan.

Anda juga boleh berkongsi pautan untuk melihat buku dalam Kedai Buku. Ketik halaman, ketik butang Menu, ketik butang Kongsi, kemudian ketik cara anda mahu berkongsi pautan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.