Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Baca buku dalam app Buku pada iPad

Dalam app Buku , gunakan tab Sedang Dibaca dan Pustaka di bahagian bawah skrin untuk melihat buku yang anda sedang baca, buku yang anda mahu baca, koleksi buku anda dan banyak lagi.

  • Sedang Dibaca: Ketik untuk mengakses buku dan buku audio yang anda sedang baca. Skrol ke bawah untuk melihat buku dan buku audio yang anda telah tambah ke koleksi Ingin Baca anda dan buku yang anda telah sampelkan. Anda juga boleh mengesetkan matlamat bacaan harian dan menjejak buku yang anda selesai baca sepanjang tahun.

  • Pustaka: Ketik untuk melihat semua buku, buku audio, siri dan PDF yang anda dapat daripada Kedai Buku atau ditambah ke pustaka anda secara manual. Anda boleh mengetik Koleksi untuk melihat buku yang diisih ke dalam koleksi, seperti Ingin Dibaca, Sampel Saya, Buku Audio dan Selesai.

Skrin dalam app Buku. Di bahagian bawah skrin ialah, dari kiri ke kanan, tab Sedang Dibaca, Pustaka, Kedai Buku, Buku Audio dan Cari—tab Sedang Dibaca dipilih. Di bahagian atas skrin ialah bahagian Sedang Dibaca, yang menunjukkan buku yang sedang dibaca. Di bawah ialah bahagian Ingin Baca, yang menunjukkan buku yang anda mahu baca.

Baca buku

Ketik tab Sedang Dibaca atau Pustaka, kemudian ketik kulit untuk membuka buku. Gunakan gerak isyarat dan kawalan untuk menavigasi seperti berikut:

  • Menyelak halaman: Ketik sebelah kanan halaman atau leret dari kanan ke kiri.

  • Pergi semula ke halaman sebelumnya: Ketik sebelah kiri halaman atau leret dari kiri ke kanan.

  • Pergi ke halaman khusus: Ketik halaman dan gerakkan gelangsar di bahagian bawah skrin ke kiri atau ke kanan. Atau, ketik butang Cari dan masukkan nombor halaman, kemudian ketik nombor halaman dalam hasil carian.

  • Tutup buku: Ketik tengah halaman untuk menunjukkan kawalan, kemudian ketik butang Balik.

Halaman buku terbuka dalam app Buku menunjukkan kawalan navigasi di bahagian atas skrin, dari kiri ke kanan, untuk menutup buku, senarai kandungan, menu penampilan, carian dan penanda buku.

Petua: Putar iPad ke orientasi landskap untuk melihat dua halaman serentak.

Apabila anda selesai membaca buku, pengesyoran diperibadikan muncul untuk membantu anda menemui bacaan anda yang seterusnya.

Tukar penampilan teks dan paparan

Ketik halaman, ketik butang Penampilan, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Laraskan kecerahan skrin: Seret gelangsar ke kiri atau ke kanan.

  • Tukar saiz fon: Ketik A besar untuk meningkatkan saiz fon atau ketik A kecil untuk mengurangkannya.

  • Tukar fon: Ketik Fon untuk memilih fon berlainan.

  • Tukar warna latar belakang halaman: Ketik bulatan.

  • Malapkan skrin apabila persekitaran gelap: Aktifkan Tema Malam Auto untuk menukar warna halaman dan kecerahan secara automatik apabila menggunakan Buku dalam keadaan cahaya malap. (Bukan semua buku menyokong Tema Malam Auto.)

  • Nyahaktifkan penomboran halaman: Aktifkan Penskrolan Menegak untuk menskrol terus-menerus menerusi buku atau PDF.

Menu penampilan dalam buku dipilih menunjukkan kawalan untuk, dari atas ke bawah, kecerahan, saiz fon, gaya fon, warna halaman, tema malam auto dan paparan penskrolan.

Tandakan halaman

Apabila anda menutup buku, tempat anda disimpan secara automatik—anda tidak perlu menambah penanda buku. Tandakan halaman yang anda mahu kembali lagi.

Ketik ikon Reben Penanda Buku untuk menambah penanda buku; ketik lagi untuk mengeluarkan Penanda Buku.

Untuk melihat semua penanda buku anda, ketik butang Isi Kandungan, kemudian ketik Penanda Buku.

Serlahkan atau garis bawah teks

  1. Sentuh dan tahan perkataan, kemudian alihkan titik capai untuk melaraskan pilihan.

  2. Ketik Serlahan, kemudian ketik  Pemilih Warna Serlahan untuk memilih warna serlahan atau garis bawah.

    Untuk mengeluarkan serlahan atau garis bawah, ketik teks, kemudian ketik butang Sampah.

Untuk melihat semua serlahan anda, ketik butang Senarai Kandungan, kemudian ketik Nota.

Tambah nota

  1. Sentuh dan tahan perkataan, kemudian alihkan titik capai untuk melaraskan pilihan.

  2. Ketik Nota, kemudian masukkan teks nota.

  3. Ketik halaman untuk menutup nota dan meneruskan pembacaan.

Untuk melihat semua nota anda, ketik butang Senarai Kandungan, kemudian ketik Nota. Leret ke kiri pada nota untuk memadamnya.

Kongsi pilihan

Anda boleh menghantar pilihan teks menggunakan AirDrop, Mail, atau Mesej, atau anda boleh menambah pilihan ke Nota. Jika buku daripada Kedai Buku, pautan kepada buku disertakan dengan pilihan. (Perkongsian mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau).

  1. Sentuh dan tahan perkataan, kemudian alihkan titik capai untuk melaraskan pilihan.

  2. Ketik Kongsi, kemudian pilih cara.

Anda juga boleh menghantar pautan untuk melihat buku dalam Kedai Buku. Ketik halaman, ketik butang Senarai Kandungan, kemudian ketik butang Kongsi.

Akses buku anda pada semua peranti anda

Untuk memastikan maklumat Buku anda terkini merentas iPhone, iPad dan iPod touch anda, daftar masuk dengan Apple ID yang sama pada setiap peranti, kemudian lakukan yang berikut:

  • Selaraskan posisi Bacaan, penanda buku, nota dan serlahan: Pergi ke Seting  > [nama anda] > iCloud, kemudian aktifkan iCloud Drive dan Buku.

  • Selaraskan Sedang Dibaca, Pustaka dan koleksi: Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud, kemudian aktifkan iCloud Drive dan Buku. Kemudian pergi ke Seting > Buku dan aktifkan Sedang Dibaca.

Lihat Sediakan iCloud pada iPhone, iPad, atau iPod touch anda.

Akses buku anda pada Mac anda

Untuk melihat buku, buku audio dan PDF anda pada Mac anda, pilih menu Apple  > Keutamaan Sistem, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:

  • macOS 10.15 atau lebih baru: Klik Apple ID, pilih iCloud dalam bar sisi, kemudian pilih iCloud Drive. Klik Pilihan, kemudian pilih Buku.

  • macOS 10.14 atau lebih awal: Klik iCloud, kemudian pilih iCloud Drive. Klik Pilihan, kemudian pilih Buku.

Untuk melihat koleksi, penanda buku, nota dan serlahan anda pada Mac anda, buka Buku, klik Keutamaan, klik Umum, kemudian pilih “Selaraskan koleksi, penanda buku dan serlahan merentas peranti”.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.