Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Lukis atau tulis dalam Nota pada iPad

Gunakan app Nota untuk melukis lakaran atau mencatat nota tulisan tangan dengan Apple Pencil anda (pada model yang disokong) atau jari anda. Anda boleh memilih daripada pelbagai alat Penanda dan warna dan lukis garisan lurus dengan pembaris.

Nota menunjukkan lukisan dengan teks tulisan tangan.

Lukis atau tulis dalam nota

  1. Mula melukis atau menulis dalam nota dengan Apple Pencil. Atau untuk melukis atau menulis dengan jari anda, ketik butang Alat Tulisan Tangan.

  2. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Tukar warna atau alat: Gunakan alat Penanda.

    • Laraskan kawasan tulisan tangan: Seret pemegang saiz semula (pada sebelah kiri) ke atas atau bawah.

    • Transkripsikan tulisan tangan anda ke teks ditaip semasa anda menulis dengan Apple Pencil: Ketik alat Tulisan Tangan (ke sebelah kiri pen), kemudian mula menulis.

      Nota: Coretan tidak tersedia dalam beberapa bahasa. Lihat Tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menulis nota dengan Apple Pencil, lihat Masukkan teks dengan Coretan pada iPad.

Petua: Anda boleh mencari teks tulisan tangan (dalam bahasa disokong) dalam Nota. Jika nota tidak mempunyai tajuk, baris pertama teks tulisan tangan menjadi cadangan tajuk. Untuk mengedit tajuk, skrol ke bahagian atas nota, kemudian ketik Edit.

Pilih dan edit lukisan dan tulisan tangan

Dengan Pilihan Pintar, anda boleh memilih teks tulisan tangan menggunakan gerak isyarat sama yang anda gunakan untuk teks ditaip. Anda boleh mengalihkan, menyalin, atau memadamkan pilihan dalam nota. Anda juga boleh menampalkan pilihan sebagai teks ditaip dalam nota atau app lain.

Nota: Pilihan Pintar dan transkripsi tulisan tangan berfungsi jika bahasa sistem iPad anda disetkan ke Bahasa Inggeris, Cina Ringkas, atau Cina Tradisional dalam Seting  > Umum > Bahasa & Rantau > Bahasa iPad.

  1. Dalam bar alat Penanda, ketik alat laso (di antara pemadam dan pembaris).

  2. Pilih lukisan dan tulisan tangan dengan Apple Pencil atau tangan anda menggunakan mana-mana kaedah berikut:

    • Sentuh dan tahan, kemudian seret untuk mengembangkan pilihan.

    • Dwiketik untuk memilih perkataan.

    • Ketik tiga kali untuk memilih ayat.

    Laraskan pilihan dengan menyeret pemegang jika perlu.

  3. Ketik pilihan, kemudian pilih Potong, Tampal, Padam, Duplikasi, Salin sebagai Teks, atau Masukkan Ruang di Atas.

    Jika anda memilih Salin sebagai Teks, anda boleh menampal teks ditranskripsikan dalam nota berlainan atau app berlainan.

Gunakan alamat, nombor telefon, tarikh bertulis tangan dan banyak lagi

Garis bawah kuning muncul di bawah teks tulisan tangan yang dikenali sebagai alamat jalan atau e-mel, nombor telefon, tarikh, atau data lain. Ketik teks bergaris bawah untuk melakukan tindakan pada teks. Sebagai contoh, anda boleh melihat alamat jalan dalam Peta, mengarang e-mel, memanggil nombor telefon, atau menambah peristiwa kalendar.

Nota: Pengesanan data berfungsi jika bahasa sistem iPad anda disetkan ke Bahasa Inggeris, Cina Ringkas, atau Cina Tradisional dalam Seting  > Umum > Bahasa & Rantau.

Tunjukkan garis atau grid dalam nota

  • Dalam nota sedia ada: Ketik butang Tindakan Nota, ketik Garis & Grid, kemudian pilih gaya.

  • Pilih gaya lalai untuk semua nota baru: Pergi ke Seting  > Nota > Garis & Grid.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.