Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Setkan bahasa dan rantau pada iPad

Anda mengesetkan bahasa dan rantau iPad anda semasa persediaan. Jika anda melancong atau pindah, anda boleh menukar bahasa atau rantau.

  1. Pergi ke Seting  > Umum > Bahasa & Rantau.

  2. Setkan yang berikut:

    • Bahasa untuk iPad

    • Rantau

    • Format kalendar

    • Unit suhu (Celsius atau Fahrenheit)

  3. Untuk menambah papan kekunci bagi bahasa lain, pergi ke Seting > Umum > Papan Kekunci > Papan Kekunci, kemudian ketik Tambah Papan Kekunci Baru.

    Lihat Tambah atau tukar papan kekunci pada iPad.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.