Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kerja dengan lampiran e-mel pada iPad

Dalam app Mail , pratonton, simpan, buka dan anotasikan lampiran e-mel.

Pratonton lampiran

Sentuh dan tahan lampiran untuk mempratontonnya dan melihat senarai tindakan yang anda boleh lakukan.

Simpan lampiran foto atau video ke Foto

Sentuh dan tahan foto atau video, kemudian ketik Tambah ke Foto.

Tandakan lampiran

Gunakan Penanda untuk menganotasi lampiran imej atau PDF.

  1. Sentuh dan tahan lampiran, kemudian ketik Tanda (jika ianya lampiran yang anda hantar) atau “Tanda dan Balas” (jika ianya lampiran yang anda terima).

  2. Gunakan alat lukisan dan anotasi. Lihat Lukis dalam app dengan Penanda pada iPad. Pada model yang disokong, anda boleh anotasikan dengan Apple Pencil.

Imej dalam tetingkap Penanda. Di bawah imej, dari kiri ke kanan ialah butang untuk alat Penanda: pen lukis, pemadam, alat pilihan, warna, butang untuk menambah kotak teks, tandatangan anda dan bentuk, serta untuk memilih Kanta Pembesar.

Buka lampiran dengan app lain

  1. Sentuh dan tahan lampiran sehingga menu muncul.

  2. Ketik butang Kongsi, kemudian pilih app yang anda mahu gunakan untuk membuka lampiran.

Nota: Sesetengah lampiran memaparkan sepanduk dengan butang secara automatik yang boleh anda gunakan untuk membuka app lain.

Lihat e-mel dengan lampiran

  1. Ketik butang Tapis e-mel untuk mengaktifkan penapisan.

  2. Ketik “Ditapis ikut”, kemudian aktifkan “Hanya Mel Berlampiran”.

Anda juga boleh menggunakan peti mel Lampiran, yang menunjukkan e-mel dengan lampiran daripada semua akaun. Untuk melihatnya, ketik Peti Mel di bahagian kiri atas, ketik Edit di atas senarai Peti Mel, kemudian pilih Lampiran.

Hantar lampiran yang besar

Mail Drop ialah ciri iCloud yang anda boleh gunakan untuk menghantar fail melebihi saiz maksimum yang dibenarkan oleh akaun e-mel anda. Untuk menggunakan Mail Drop, ketik Hantar apabila anda bersedia untuk menghantar e-mel dengan lampiran yang besar, kemudian ikuti arahan atas skrin.

Mail mesti diaktifkan dalam Seting  > [nama anda] > iCloud. Lihat artikel Sokongan Apple Had Mail Drop.

Untuk mengetahui cara menghantar sebarang lampiran, lihat Tambah lampiran ke e-mel pada iPad.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.