Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Susun buku dalam app Buku pada iPad

Dalam app Buku , buku dan buku audio yang anda beli disimpan dalam pustaka anda dan diisih mengikut koleksi secara automatik, seperti Buku Audio, Ingin Baca dan Selesai.

Skrin Pustaka dalam app Buku. Di bahagian atas skrin ialah butang Koleksi dan pilihan pengisihan. Pilihan isih Terkini dipilih. Di bahagian tengah skrin ialah kulit buku dalam pustaka. Di bahagian bawah skrin ialah, dari kiri ke kanan, tab Sedang Dibaca, Pustaka, Kedai Buku, Buku Audio dan Cari.

Cipta koleksi dan tambahkan buku padanya

Anda boleh mencipta koleksi anda sendiri untuk memperibadikan pustaka anda.

  1. Ketik Pustaka, ketik Koleksi, kemudian ketik Koleksi Baru.

  2. Namakan koleksi, sebagai contoh Bacaan Pantai atau Kelab Buku, kemudian ketik Selesai.

  3. Untuk menambah buku pada koleksi, ketik butang Info Lanjut di bawah kulit buku (atau pada halaman butiran buku dalam Kedai Buku), ketik Tambah ke Koleksi, kemudian pilih koleksi.

    Anda boleh menambahkan buku yang sama pada berbilang koleksi.

Isih buku dalam pustaka anda

Pilih cara buku dalam pustaka anda diisih dan kelihatan.

  1. Ketik Pustaka, kemudian skrol ke bawah dan ketik perkataan yang kelihatan bersebelahan Isih atau Isih Mengikut.

  2. Pilih Terbaru, Tajuk, Pengarang, atau Secara Manual.

    Jika anda memilih Secara Manual, sentuh dan tahan kulit buku, kemudian seret kulit buku ke kedudukan yang anda mahu.

  3. Ketik butang Senarai Kandungan untuk melihat buku mengikut tajuk atau kulit.

Petua: Anda boleh mengisih buku dalam koleksi dengan cara yang sama.

Keluarkan buku, buku audio dan PDF

Anda boleh mengeluarkan buku, buku audio dan PDF daripada Sedang Dibaca dan koleksi pustaka anda, atau menyembunyikannya pada iPad anda.

  1. Ketik Pustaka, kemudian ketik Edit.

    Untuk buku audio, ketik Pustaka, kemudian pergi ke koleksi Buku Audio.

  2. Ketik item yang anda mahu keluarkan.

  3. Ketik butang Sampah dan pilih pilihan.

Untuk nyahsembunyikan buku yang anda telah sembunyikan, ketik Sedang Dibaca, ketik ikon akaun anda, kemudian ketik Uruskan Pembelian Tersembunyi.

Untuk memuat turun semula buku yang anda telah beli, lihat artikel Sokongan Apple Muat turun semula app, muzik, filem, rancangan TV dan buku.

Akses pustaka anda merentasi peranti

Anda boleh melaraskan Pustaka dan koleksi anda merentas semua peranti anda yang anda daftar masuk dengan Apple ID yang sama. Pergi ke Seting  > [nama anda] > iCloud, aktifkan iCloud Drive, kemudian aktifkan Buku.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.