Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sediakan Kawalan Suis pada iPad

Jika anda mempunyai kesukaran fizikal, anda boleh menggunakan Kawalan Suis untuk mengendalikan iPad menggunakan satu atau lebih suis. Dengan suis, anda boleh pilih, ketik, seret, taip, malahan melukis dengan gaya bebas. Anda menggunakan suis untuk memilih item atau lokasi pada skrin, kemudian gunakan suis yang sama (atau berbeza) untuk memilih tindakan.

Tambah suis

Anda boleh memilih mana-mana daripada sumber berikut sebagai suis:

  • Suis adaptif luaran: Pilih suis Bluetooth atau suis Made For iPhone (MFi) yang memasang ke penyambung Lightning pada iPad.

  • Skrin iPad: Ketik pada skrin untuk mencetuskan suis.

  • Kamera depan iPad: Gerakkan kepala anda ke kiri atau kanan sementara menghadap kamera untuk mencetuskan suis.

Sebelum anda menambah suis luaran, sambung ke iPad, ikuti arahan yang datang dengan suis tersebut. Jika suis disambungkan menggunakan Bluetooth, sambungkanya dengan iPad—aktifkan suis, pergi ke Seting  > Bluetooth, aktifkan Bluetooth, ketik nama suis, kemudian ikuti arahan atas skrin.

  1. Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Kawalan Suis > Suis.

  2. Ketik Tambah Suis Baru, kemudian pilih sumber.

  3. Tetapkan tindakan kepada suis.

    Untuk memastikan Kawalan Suis berfungsi dengan betul, anda mesti menetapkan tindakan Pilih Item kepada sekurang-kurangnya satu suis.

Pilih gaya imbasan dan sesuaikan Kawalan Suis

Anda boleh melaraskan kelakuan Kawalan Suis melalui berbilang cara, agar sesuai dengan keperluan dan gaya khusus anda.

  1. Pergi ke Seting  > Kebolehcapaian > Kawalan Suis.

  2. Ketik Gaya Imbasan, kemudian pilih satu daripada berikut:

    • Imbasan Auto: Fokus beralih ke item seterusnya secara automatik selepas tempoh ditetapkan.

    • Imbasan Manual: Anda mencetuskan suis untuk memindahkan fokus ke item seterusnya (memerlukan berbilang suis).

    • Imbasan Langkah Suis Tunggal: Anda mencetus suis untuk memindahkan fokus ke item seterusnya; jika tiada tindakan diambil dalam tempoh yang ditetapkan, item dengan fokus diaktifkan secara automatik.

  3. Sesuaikan Kawalan Suis dengan mengesetkan pilihan seperti berikut:

    • Suis: Tambah suis dan tentukan fungsinya.

    • Resipi: Cipta, edit dan pilih resipi untuk menetapkan tindakan istimewa kepada suis buat sementara waktu.

    • Masa Imbasan Auto: Laraskan kelajuan imbasan item.

    • Jeda pada Item Pertama: Setkan pengimbasan untuk menjeda pada item pertama dalam kumpulan.

    • Gelung: Pilih bilangan kali untuk mengitar menerusi skrin sebelum menyembunyikan Kawalan Suis.

    • Ulang Pergerakan: Setkan tunda sebelum bergerak ke item sebelumnya atau seterusnya semasa suis ditekan.

    • Tekan Lama: Setkan sama ada tindakan berbeza berlaku apabila anda menekan dan menahan suis dan tempoh masa menunggu sebelum melakukan tindakan tersebut.

    • Kelakuan Ketik: Pilih kelakuan ketik dan setkan selang untuk melaksanakan tindakan suis kedua untuk menunjukkan Menu Pengimbas.

    • Item Fokus Selepas Ketik: Pilih sama ada Kawalan Suis meneruskan mengimbas pada item yang anda ketik atau dari mula.

    • Tempoh Tahan: Setkan sama ada anda perlu menahan suis ke bawah dan berapa lama sebelum ia diterima sebagai tindakan suis.

    • Abaikan Ulangan: Abaikan cetusan suis berulang secara tidak sengaja.

    • Kursor Meluncur: Laraskan gaya dan kelajuan pengimbasan titik.

    • Penjejakan Kepala: Laraskan seting untuk penjejakan kepala (pada iPad dengan Face ID) dan tetapkan tindakan pada riak muka.

    • Kesan Bunyi: Aktifkan kesan bunyi.

    • Pertuturan: Sebutkan item semasa item diimbas.

    • Item Menu: Pilih tindakan yang ditunjukkan dalam Menu Pengimbas dan dalam tertib kemunculannya.

    • Kumpulkan Item: Kumpulkan item untuk pengimbasan lebih cepat.

    • Kursor Besar: Jadikan kursor pilihan lebih besar.

    • Warna Kursor: Pilih warna lain.

    • Gerak Isyarat Disimpan: Cipta dan simpan gerak isyarat tersuai ke Menu Pengimbas.

    • Sahkan dengan Kawalan Suis: Pada iPad dengan Face ID, gunakan Kawalan Suis untuk mengesahkan bayaran dengan Face ID berbanding mendwiklik butang atas. Atau pada iPad Air (generasi ke-4), gunakan Kawalan Suis untuk mengesahkan bayaran dengan kod laluan anda berbanding mendwiklik butang atas.

Aktifkan atau nyahaktifkan Kawalan Suis

Penting: Kawalan Suis menukar gerak isyarat yang anda gunakan untuk mengawal iPad.

Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Kawalan Suis, gunakan mana-mana daripada kaedah berikut:

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.