Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Hantar dan terima jemputan dalam Kalendar pada iPad

Dalam app Kalendar , hantar dan terima jemputan mesyuarat dan peristiwa. iCloud, Microsoft Exchange dan sesetengah pelayan CalDAV membolehkan anda menghantar dan menerima jemputan mesyuarat. (Bukan semua pelayan kalendar menyokong semua ciri).

Jemput orang lain ke peristiwa

Anda boleh menjemput orang ke peristiwa yang anda jadualkan.

  1. Ketik peristiwa, kemudian ketik Edit berdekatan bahagian atas skrin.

  2. Ketik peserta, kemudian masukkan nama atau alamat e-mel orang yang anda mahu jemput, atau ketik butang Tambah untuk memilih Kenalan.

  3. Ketik Selesai.

Jika anda tidak mahu diberitahu apabila seseorang menolak mesyuarat, pergi ke Seting  > Kalendar, kemudian nyahaktifkan Tunjukkan Penolakan Jemputan.

Nota: Dengan Microsoft Exchange dan sesetengah pelayan exchange lain, anda boleh menjemput orang ke peristiwa walaupun bukan anda yang menjadualkan peristiwa.

Balas jemputan peristiwa

  1. Untuk membalas pemberitahuan peristiwa, ketiknya.

    Atau, dalam Kalendar, ketik Peti Masuk, kemudian ketik jemputan.

  2. Ketik balasan anda—Terima, Mungkin, atau Tolak.

Untuk membalas jemputan yang anda terima melalui e-mel, ketik teks bergaris bawah dalam e-mel, kemudian ketik Tunjukkan dalam Kalendar.

Jika anda menambah komen kepada balasan anda (komen mungkin tidak tersedia untuk semua kalendar), komen anda boleh dilihat oleh penganjur tetapi tidak oleh jemputan lain. Untuk melihat peristiwa yang anda tolak, ketik butang Kalendar, kemudian aktifkan Tunjukkan Peristiwa Ditolak.

Jadualkan mesyuarat tanpa menyekat jadual anda

Anda boleh menambah peristiwa pada kalendar anda tanpa menjadikan bingkai masa sebagai sibuk kepada orang yang menghantar jemputan kepada anda.

  1. Ketik peristiwa, kemudian ketik Edit.

  2. Ketik Tunjukkan Sebagai, kemudian ketik Lapang.

Cadangkan waktu mesyuarat lain

Anda boleh mencadangkan waktu berbeza untuk jemputan mesyuarat yang anda terima.

  1. Ketik mesyuarat, kemudian ketik Cadangkan Masa Baru.

  2. Ketik waktu, kemudian masukkan yang baru.

  3. Ketik Selesai, kemudian ketik Hantar.

Hantar e-mel kepada jemputan dengan cepat

Anda boleh menghantar e-mel kepada semua jemputan peristiwa—contohnya, untuk berkongsi butiran peristiwa.

  1. Ketik peristiwa yang mempunyai jemputan.

  2. Ketik Jemputan, kemudian ketik butang Hantar Mel kepada Jemputan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.