Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar seting kalendar dan peristiwa pada iPad

Anda boleh menukar seting lalai untuk app Kalendar bagi memudahkan untuk mencipta peristiwa baharu dan untuk memaparkan kalendar anda dalam cara yang terbaik untuk anda. Contohnya, anda boleh memilih kalendar lalai untuk peristiwa baharu, menukar tempoh peristiwa baharu dan banyak lagi.

Pilih kalendar lalai

Jika anda mempunyai berbilang kalendar, anda boleh memilih kalendar lalai dan sebarang peristiwa baharu yang anda cipta ditambahkan ke kalendar tersebut secara automatik.

  1. Pergi ke Seting  > Kalendar > Kalendar Lalai.

  2. Pilih kalendar yang anda mahu gunakan sebagai kalendar lalai anda.

Nota: Anda boleh sentiasa mengalihkan peristiwa ke kalendar yang berbeza selepas anda menciptanya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menggunakan berbilang kalendar, lihat Sediakan berbilang kalendar pada iPad.

Setkan seting peristiwa lalai

Anda boleh menukar seting lalai untuk peristiwa kalendar, seperti tempoh untuk peristiwa baharu, sama ada untuk diisyaratkan apabila tiba masanya untuk bertolak untuk peristiwa akan datang dan banyak lagi.

  1. Pergi ke Seting  > Kalendar.

  2. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Setkan masa isyarat lalai untuk peristiwa: Ketik Masa Isyarat Lalai, ketik Hari Lahir, Peristiwa atau Peristiwa Sepanjang Hari, kemudian pilih pilihan.

    • Pilih sama ada untuk diisyaratkan apabila tiba masanya untuk bertolak untuk peristiwa akan datang: Ketik Masa Isyarat Lalai, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Masa untuk Bertolak.

    • Tukar tempoh lalai untuk peristiwa baharu: Ketik Tempoh untuk Peristiwa Baharu, kemudian pilih tempoh masa.

    • Pilih sama ada Kalendar mencadangkan lokasi apabila anda mencipta peristiwa baharu: Aktifkan atau nyahaktifkan Cadangan Lokasi.

Tukar cara kalendar anda dipaparkan

Anda boleh menyesuaikan cara kalendar anda dipaparkan untuk membantu menyerlahkan maklumat yang paling penting bagi anda. Contohnya, anda boleh memilih hari untuk memulakan minggu, memaparkan kalendar Cina, Ibrani atau Islam (bersama kalendar Gregory) dan banyak lagi.

  1. Pergi ke Seting  > Kalendar.

  2. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Pilih hari yang berbeza untuk memulakan minggu: Ketik Mulakan Minggu Pada Hari, kemudian ketik hari.

    • Paparkan nombor minggu bersebelahan setiap minggu pada tahun: Aktifkan Nombor Minggu.

    • Paparkan kalendar Cina, Ibrani atau Islam: Ketik Kalendar Alternatif, kemudian pilih kalendar.

    • Tunjukkan hari semasa sebagai hari pertama dalam paparan Minggu: Ketik Paparan Minggu Bermula Hari Ini.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.