Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan kunci keselamatan untuk mendaftar masuk ke akaun Apple ID anda pada iPad

Perihal kunci keselamatan

Kunci Keselamatan untuk Apple ID ialah ciri keselamatan pilihan yang direka bentuk untuk orang (seperti selebriti, wartawan dan anggota kerajaan) yang mahukan perlindungan tambahan daripada serangan yang disasarkan kepada akaun mereka, termasuk memancing data dan penipuan kejuruteraan sosial.

Kunci keselamatan ialah peranti perkakasan kecil pihak ketiga yang anda boleh sambungkan ke iPad anda dan gunakan untuk mengesahkan identiti anda semasa mendaftar masuk ke akaun Apple ID anda. Kunci fizikal menggantikan kod pengesahan enam digit yang biasanya digunakan dalam pengesahan dua faktor, yang melindungi maklumat ini daripada dipintas atau diminta oleh penyerang.

Untuk mendapatkan butiran tentang keperluan kunci keselamatan, lihat artikel Sokongan Apple Perihal kunci keselamatan untuk Apple ID.

Halaman mula Kunci Keselamatan. Berhampiran bahagian bawah ialah butang Tambah Kunci Keselamatan dan pautan Ketahui Lebih Lanjut. Di atasnya ialah teks penjelasan tentang manfaat menggunakan kunci keselamatan.

Sediakan kunci keselamatan

Anda perlu menyediakan sekurang-kurangnya dua kunci keselamatan supaya anda boleh menggunakan salah satu kunci sebagai sandaran jika kunci satu lagi hilang, rosak atau dicuri. Anda boleh memasangkan sehingga enam kunci dengan akaun anda.

Nota: Kunci keselamatan NFC tidak disokong pada iPad buat masa ini.

  1. Pergi ke Seting  > [nama anda] > Daftar Masuk & Keselamatan.

  2. Ketik Tambah Kunci Keselamatan, kemudian ikuti arahan atas skrin.

Daftar masuk ke peranti, tapak web atau app menggunakan kunci keselamatan

  1. Apabila digesa, masukkan kunci keselamatan anda.

  2. Ikuti arahan atas skrin.

Gunakan kunci keselamatan untuk mereset kata laluan Apple ID anda

Jika anda terlupa kata laluan Apple ID, anda boleh menggunakan kunci keselamatan yang dipasangkan dengan akaun anda untuk meresetnya.

  1. Pergi ke Seting  > [nama anda] > Daftar Masuk & Keselamatan. (Jika anda belum mendaftar masuk ke akaun Apple ID anda pada iPad anda, gunakan kunci keselamatan dipasangkan anda terlebih dahulu untuk mendaftar masuk).

  2. Ketik Tukar Kata Laluan, kemudian ikuti arahan atas skrin.

Gunakan kunci keselamatan untuk membuka kunci Apple ID anda

Jika anda gagal mendaftar masuk ke akaun Apple ID anda sebanyak enam kali berturut-turut, atau jika iPad anda mengesan aktiviti mencurigakan lain, anda akan menerima pemberitahuan atas skrin yang Apple ID anda dikunci. Anda boleh menggunakan kunci keselamatan anda untuk membuka kunci Apple ID anda.

  1. Ketik Buka Kunci Akaun, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk membuka kunci Apple ID anda.

  2. Jika anda fikir akaun anda mungkin telah dikunci kerana orang lain mengetahui kata laluan anda, ketik Tukar Kata Laluan dan masukkan kata laluan baharu.

  3. Ketik Selesai.

Keluarkan kunci keselamatan

Anda boleh memasangkan sehingga enam kunci keselamatan dengan Apple ID anda. Jika anda mencapai had dan perlu memasangkan kunci keselamatan tambahan, anda boleh mengeluarkan satu atau lebih kunci dipasangkan anda. Anda boleh menggantikan kunci yang anda telah keluarkan pada bila-bila masa.

  1. Pergi ke Seting  > [nama anda] > Daftar Masuk & Keselamatan.

  2. Ketik Kunci Keselamatan.

  3. Untuk mengeluarkan semua kunci, ketik Keluarkan Semua Kunci, kemudian ketik Keluarkan.

    Untuk mengeluarkan kunci individu, ketik kunci yang anda mahu keluarkan, kemudian ketik Keluarkan Kunci.

Nota: Jika anda mengeluarkan semua kunci keselamatan daripada akaun Apple ID anda, akaun menggunakan kod pengesahan enam digit semula untuk pengesahan dua faktor.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.