Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kesan pintu di sekeliling anda menggunakan Pembesar pada iPad

Pada model disokong, anda boleh menggunakan app Pembesar untuk mengesan pintu di sekeliling anda, untuk membantu memahami jarak anda daripada pintu atau cara membuka pintu dan untuk mendapatkan perihalan atribut pintu.

Apabila pintu dikesan berhampiran, anda dimaklumkan dengan bunyi atau maklum balas pertuturan. Maklum balas menjadi lebih kerap apabila anda lebih dekat dengan pintu.

Penting: Mod Pengesanan tidak sepatutnya digunakan dalam situasi berisiko tinggi atau kecemasan, dalam keadaan yang boleh membahayakan atau mencederakan anda, atau untuk menavigasi.

Skrin Pembesar dalam Mod Pengesanan menunjukkan pintu. Di bahagian bawah ialah perihalan jarak pintu dan teks padanya.

Kesan pintu berdekatan anda

  1. Aktifkan Pembesar, ketik butang Mod Pengesanan, kemudian ketik butang Pengesanan Pintu.

  2. Tempatkan iPad supaya kamera belakang boleh mengesan pintu di sekeliling anda.

    Jika anda tidak mendengar maklum balas bunyi atau pertuturan, pastikan mod Senyap dinyahaktifkan. Lihat Laraskan kelantangan pada iPad.

  3. Apabila anda selesai, ketik Selesai untuk kembali ke skrin Pembesar.

Sesuaikan seting untuk Pengesanan Pintu

  1. Ketik butang Seting Mod Pengesanan, kemudian ketik Seting.

  2. Ketik Pengesanan Pintu untuk menyesuaikan mana-mana daripada berikut:

    • Unit: Pilih Meter atau Kaki.

    • Jarak pic bunyi: Ketik butang Susutan atau butang Tokokan untuk melaraskan jarak. Apabila pintu dikesan dalam jarak ini, pic maklum balas bunyi meningkat.

    • Maklum balas: Aktifkan sebarang gabungan bunyi dan pertuturan. Jika anda mengaktifkan Pertuturan, iPad menyebut jarak antara anda dan pintu.

    • Warna: Pilih warna untuk rangka pintu yang dikesan.

    • Atribut Pintu: Aktifkan sebarang gabungan atribut pintu, seperti saiz pintu yang dikesan, cara membuka pintu dan jika pintu sedang dibuka.

    • Hiasan Pintu: Aktifkan Hiasan Pintu untuk mendapatkan maklumat tentang teks dan tanda pada atau berdekatan pintu yang dikesan, seperti tanda untuk jalan masuk yang boleh dilalui atau tandas.

  3. Apabila anda selesai, ketik Balik, kemudian ketik Selesai.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.