Alihkan app ke paparan luaran

Jika iPad (model serasi) anda bersambung ke paparan luaran, anda boleh bekerja merentas kedua-dua skrin—hanya seret app dan tetingkap antara skrin dan susunnya dalam cara yang terbaik untuk anda.

Untuk mengalihkan app antara paparan, lakukan mana-mana yang berikut:

  • Gunakan kursor anda untuk menyeret dari bahagian atas tetingkap app untuk mengalihkannya daripada satu paparan ke paparan lain.

  • Ketik ikon app dalam Dock atau Pustaka App pada paparan yang anda mahu gunakan padanya.

  • Sentuh dan tahan menu Berbilang Tugas, kemudian ketik Alih ke Paparan atau Alih ke iPad.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.