Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sediakan Face ID pada iPad

Gunakan Face ID (pada model disokong) untuk membuka kunci iPad dengan selamat dan mudah, membenarkan pembelian dan bayaran, serta mendaftar masuk ke kebanyakan app pihak ketiga dengan hanya sekilas pandang pada iPad anda. Data Face ID disulitkan, tidak disimpan ke iCloud dan tidak meninggalkan iPad anda.

Untuk menggunakan Face ID, anda juga mesti mengesetkan kod laluan pada iPad anda.

Sediakan Face ID atau tambah penampilan alternatif

  • Jika anda tidak menyediakan Face ID apabila anda menyediakan iPad anda buat pertama kali, pergi ke Seting  > Face ID & Kod Laluan > Sediakan Face ID, kemudian ikuti arahan atas skrin.

  • Untuk menyediakan penampilan tambahan untuk dicam oleh Face ID, pergi ke Seting > Face ID & Kod Laluan > Sediakan Penampilan Alternatif, kemudian ikuti arahan atas skrin.

    Skrin persediaan pengecaman Face ID. Muka tersenyum ditunjukkan pada skrin, dikurung dalam bulatan. Teks di bawah mengarahkan pengguna untuk menggerakkan kepala mereka dengan perlahan untuk melengkapkan bulatan. Butang untuk Mulakan kelihatan berdekatan bahagian bawah skrin.

Pilih masa untuk menggunakan Face ID

Anda boleh menggunakan Face ID untuk membuka kunci iPad anda, membenarkan bayaran, mengisi kata laluan secara automatik dan membuka app yang dilindungi kata laluan.

Pergi ke Seting  > Face ID & Kod Laluan, kemudian aktifkan pilihan di bawah Gunakan Face ID Untuk.

Nyahdayakan Face ID buat sementara

Anda boleh menyekat Face ID daripada membuka kunci iPad anda buat sementara.

  1. Tekan dan tahan butang atas dan salah satu butang kelantangan selama 2 saat.

  2. Selepas gelangsar kelihatan, ketik Batal untuk mengunci iPad secara serta merta.

    iPad dikunci secara automatik jika anda tidak menyentuh skrin untuk masa seminit atau lebih.

Kali seterusnya anda membuka kunci iPad dengan kod laluan anda, Face ID didayakan lagi.

Nyahaktifkan Face ID

  1. Pergi ke Seting  > Face ID & Kod Laluan.

  2. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Nyahaktifkan Face ID untuk item khusus sahaja: Nyahaktifkan satu atau lebih pilihan, seperti Isi Auto Kata Laluan.

    • Nyahaktifkan Face ID: Ketik Reset Face ID.

Jika peranti anda hilang atau dicuri, anda boleh mencegah Face ID daripada digunakan untuk membuka kunci peranti anda. Lihat Tandakan peranti sebagai hilang dalam Cari.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Face ID, lihat Perihal teknologi lanjutan Face ID.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.