Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Bermula dengan Peringatan pada iPad

App Peringatan membantu anda mengingati anda mengingati apa-apa sahaja yang anda perlu jejaki. Anda boleh mengesetkan peringatan, membuat senarai barang runcit, mencipta senarai semak untuk projek dan menyusun tugas dalam senarai tugas.

App Peringatan, menunjukkan tugas baharu ditambah ke senarai Peringatan.

Setkan peringatan

Hanya taip, rencanakan, minta Siri atau coret dengan Apple Pencil apabila anda perlu mengingati sesuatu.

App Peringatan, menunjukkan senarai barang runcit dengan item dalam kategori seperti Barang Basah dan Makanan Laut.

Cipta senarai barang runcit

Jadikan beli-belah anda lebih mudah dengan senarai barang runcit yang mengisih item menjadi kategori secara automatik. Untuk menukarkan senarai biasa menjadi senarai barang runcit, ketik butang Lagi (di penjuru atas kanan), ketik Tunjukkan Info Senarai, ketik Jenis Senarai, kemudian pilih Barang Runcit.

App Peringatan, menunjukkan senarai barang runcit dengan pilihan untuk berkongsi di sebelah kanan.

Bekerjasama pada senarai

Untuk menjemput orang untuk bekerja pada senarai, ketik butang Kongsi, kemudian pilih pilihan perkongsian.

App Peringatan, menunjukkan berbilang senarai dan Pelayar Tag di sebelah kiri. Di sebelah kanan ialah senarai item dengan tag.

Susun peringatan anda

Anda boleh mencipta senarai baharu yang sesuai dengan keperluan anda, mengkategorikan dengan tag dan mengurus peringatan anda dengan Senarai Pintar.

Nota: Semua ciri Peringatan yang diterangkan dalam panduan ini tersedia apabila anda menggunakan peringatan yang dikemas kini dalam iCloud. Sesetengah ciri tidak tersedia semasa menggunakan akaun lain.

Mahu mengetahui lebih lanjut?

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.