Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sembunyikan orang, memori dan percutian dalam Foto pada iPad

Anda boleh mengesetkan app Foto untuk menunjukkan orang, hari dan cuti secara kurang kerap atau tiada langsung dalam memori anda, foto ditampilkan serta widget Foto. Anda juga boleh menyahaktifkan memori dan foto ditampilkan dalam app Foto serta widget pada Skrin Utama iPad anda.

Tunjukkan orang dengan kurang kerap atau tiada langsung

  1. Pergi ke app Foto pada iPad anda.

  2. Buka foto orang yang anda mahu tampilkan kurang kerap.

  3. Ketik butang Lagi, kemudian ketik Tampilkan Orang.

    Jika terdapat lebih daripada satu orang dalam foto, ketik orang yang anda tampilkan kurang, kemudian ketik Seterusnya.

  4. Pilih Tampilkan Orang Ini Kurang atau Jangan Tampilkan Orang Ini.

  5. Ketik Sahkan.

Untuk menampilkan semula seseorang, ketik Koleksi, ketik akaun anda di penjuru kanan atas, kemudian ketik Reset Cadangan Orang & Haiwan Peliharaan.

Nyahaktifkan memori, cuti dan kandungan ditampilkan lain

Anda boleh menyahaktifkan memori atau foto ditampilkan dalam app Foto dan mengelakkan peristiwa cuti di negara atau rantau asal anda daripada kelihatan dalam memori atau kandungan ditampilkan.

  1. Pergi ke app Foto pada iPad anda.

  2. Ketik Koleksi.

  3. Ketik akaun anda di penjuru kanan atas.

  4. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Sembunyikan kandungan dan memori yang ditampilkan: Nyahaktifkan Tunjukkan Kandungan Ditampilkan untuk menghalang Foto daripada menjana foto dan memori ditampilkan secara automatik.

    • Nyahaktifkan peristiwa cuti: Nyahaktifkan Tunjukkan Peristiwa Cuti untuk menghalang Foto daripada mencipta memori dan menampilkan kandungan tentang cuti.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.