Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar seting muat turun anda untuk Podcast pada iPad

Podcast yang anda ikuti dimuat turun secara automatik ke peranti Apple anda. Episod yang anda telah mainkan dipadamkan secara automatik daripada peranti anda. Anda boleh menukar seting ini dan melaraskan pilihan muat turun lain.

Aktifkan atau nyahaktifkan muat turun automatik

  1. Pergi ke app Seting  pada iPad anda.

  2. Ketik App, kemudian ketik Podcast.

  3. Ketik Muat Turun Secara Automatik, kemudian pilih pilihan.

Petua: Untuk memuat turun podcast tertentu secara automatik, buka app Podcast , kemudian ketik Rancangan dalam bar sisi. Sentuh dan tahan rancangan, kemudian ketik Seting. Ketik Muat Turun Secara Automatik untuk mengehadkan muat turun automatik kepada bilangan episod atau bingkai masa tertentu. Ketik Muat Turun Video untuk memilih sama ada untuk memuat turun video, kemudian ketik Muat Turun Secara Automatik untuk memilih pilihan muat turun.

Keluarkan podcast yang telah dimuat turun selepas anda menonton atau mendengarnya

  1. Pergi ke app Seting  pada iPad anda.

  2. Ketik App, kemudian ketik Podcast.

  3. Aktifkan Keluarkan Muat Turun Dimainkan.

    Untuk melaraskan seting ini untuk podcast tertentu yang anda ikuti, ketik Rancangan, kemudian sentuh dan tahan karya seni rancangan. Ketik Seting, kemudian aktifkan Keluarkan Muat Turun Dimainkan.

Teruskan muat turun automatik

Jika anda belum menonton atau mendengar rancangan yang anda sudah lama ikuti, episod baharu dijeda secara automatik. Anda boleh meneruskan muat turun automatik pada bila-bila masa.

  1. Pergi ke app Podcast pada iPad anda.

  2. Dalam bar sisi, ketik Rancangan.

  3. Ketik rancangan.

  4. Ketik butang Teruskan Muat Turun Automatik, kemudian ketik Aktifkan Muat Turun Automatik.

Nyahaktifkan penyelarasan automatik merentas peranti Apple

  1. Pergi ke app Seting  pada iPad anda.

  2. Ketik App, kemudian ketik Podcast.

  3. Nyahaktifkan Selaraskan Pustaka.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.