Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Perkemaskan aliran kerja anda pada iPad

Ketahui cara untuk bertukar antara app dengan cepat, mensaiz semula dan menyusun berbilang tetingkap app pada skrin anda, menggunakan bar menu dan banyak lagi.

Penukar App menunjukkan berbilang app yang terbaru digunakan.

Tukar antara app pada iPad

Untuk melihat semua tetingkap dan app terbuka anda, leret atas dari bahagian bawah skrin, kemudian jeda di bahagian tengah. Ketik tetingkap untuk menghantarnya ke depan. Atau leret atas dari bahagian bawah skrin, secukupnya untuk mendedahkan Dock, kemudian ketik app yang anda mahu gunakan.

Untuk bertukar antara app terbuka dengan cepat, leret kiri atau kanan di sepanjang pinggir bawah skrin.

Skrin iPad dengan tiga app terbuka dan tataletak tetingkap dipilih yang menyusunnya satu per tiga pada skrin.

Gunakan berbilang app pada masa yang sama

Pertama, pergi ke app Seting, ketik Berbilang Tugas & Gerak Isyarat, kemudian pilih App Bertetingkap.

Untuk mensaiz semula tetingkap app, seret dari salah satu penjuru bawah. Atau sentuh dan tahan Menu Berbilang Tugas, kemudian pilih salah satu daripada tataletak tetingkap. Untuk membuka tetingkap app lain, gunakan Dock. Atau leret atas dari bahagian bawah skrin untuk mengalihkan tetingkap terbuka anda ke sisi—supaya anda boleh mengakses Skrin Utama.

App Pages terbuka, dengan bar menu ditunjukkan di bahagian atas skrin. Menu Edit pada bar menu terbuka, menunjukkan senarai tindakan yang anda boleh laksanakan—termasuk Pilih Semua, Cari, Duplikasi dan sebagainya.

Cari perintah dalam bar menu

Pada iPad, app mempunyai bar menu yang anda boleh gunakan untuk melakukan tindakan dengan cepat. Untuk melihat bar menu, ketik tetingkap daripada app terbuka, kemudian leret bawah dari penjuru atas skrin iPad.

Skrin Utama iPad menunjukkan fail yang boleh dibuka daripada Dock.

Akses folder anda daripada Dock

Anda boleh menambah folder yang anda akses dengan kerap pada Dock untuk memudahkannya dicari dan dibuka. Dalam app Fail , sentuh dan tahan folder yang anda mahu alihkan. Apabila menu dibuka, pilih Tambah Kepada, kemudian ketik Dock.

Mahu mengetahui lebih lanjut?

Bukan semua ciri tersedia untuk semua model iPad.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.