Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan trackpad boleh laras atas skrin pada iPad

Dengan Trackpad Maya pada iPad, anda boleh menukarkan kawasan kecil skrin kepada trackpad yang boleh disaizkan semula dan gunakannya untuk menggerakkan dan mengklik penuding atas skrin.

iPad dengan trackpad maya dipaparkan di penjuru skrin. Turut pada skrin ialah menu AssistiveTouch (yang digunakan untuk membuka trackpad) dan penuding (yang dikawal oleh trackpad).

Sediakan Trackpad Maya

Sebelum anda boleh menggunakan Trackpad Maya, anda perlu menambahnya ke AssistiveTouch.

  1. Pergi ke Seting  > Kebolehcapaian > Sentuhan > AssistiveTouch.

  2. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Tambah Trackpad Maya ke menu AssistiveTouch: Ketik Sesuaikan Menu Peringkat Atas, ketik butang Tokokan, ketik butang Tambah yang kelihatan, kemudian pilih Trackpad Maya.

    • Setkan aksi tersuai untuk membuka Trackpad Maya: Ketik aksi (seperti dwiketik atau tekan lama) di bawah Aksi Tersuai, kemudian pilih Trackpad Maya.

Gunakan Trackpad Maya

  1. Pergi ke Seting  > Kebolehcapaian > Sentuhan > AssistiveTouch.

  2. Aktifkan AssistiveTouch.

  3. Bergantung pada cara anda menyediakan Trackpad Maya, lakukan satu daripada berikut untuk membukanya:

    • Gunakan menu AssistiveTouch: Ketik butang menu AssistiveTouch , kemudian ketik Trackpad Maya.

    • Gunakan aksi tersuai yang anda setkan: Ketik, dwiketik atau tekan lama butang menu AssistiveTouch .

  4. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Seret jari anda pada trackpad untuk menggerakkan penuding.

    • Ketik trackpad untuk mengklik di lokasi penuding.

    • Seret anak panah di penjuru kiri atas trackpad untuk mensaiz semula anak panah.

    • Seret jidar trackpad untuk menggerakkannya.

  5. Untuk menutup Trackpad Maya, ulang aksi yang anda gunakan untuk membukanya.

Tukar seting Trackpad Maya

  1. Pergi ke Seting  > Kebolehcapaian > Sentuhan > AssistiveTouch.

  2. Ketik Trackpad Maya.

  3. Tukar mana-mana yang berikut:

    • Penjejakan: Laraskan kelajuan penuding bergerak.

    • Penskrolan: Laraskan kelajuan penskrolan. Atau aktifkan atau nyahaktifkan Penskrolan Semula Jadi—kandungan bergerak dalam arah yang sama dengan jari anda.

    • Penampilan: Tukar rupa trackpad, buatkannya memenuhi seluruh skrin atau laraskan masa yang diambil untuk trackpad pudar selepas anda berhenti menggunakannya.

Anda juga boleh menukar rupa penuding.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.