Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Setkan alamat rumah, kerja atau sekolah anda dalam Peta pada iPad

Anda boleh mengesetkan alamat rumah, kerja atau sekolah anda untuk akses satu ketikan kepada kemas kini trafik, arah dan pemberitahuan masa nyata, menjadikan perjalanan anda lebih efisien.

App Peta menunjukkan skrin Butiran dengan pilihan untuk mengesetkan alamat sebagai rumah, kerja atau sekolah.

Setkan alamat rumah, kerja atau sekolah anda

Anda boleh mengesetkan alamat rumah atau kerja yang berbeza daripada alamat rumah atau kerja pada kad kenalan anda dalam app Kenalan.

  1. Pergi ke app Peta pada iPad anda.

  2. Di bawah Tempat, ketik butang Tambah (anda mungkin perlu meleret kiri).

  3. Ketik medan carian, kemudian masukkan alamat yang anda cari.

  4. Ketik alamat, kemudian tetapkannya kepada jenis: Rumah saya, Kerja saya atau Sekolah saya.

  5. Ketik butang Selesai.

Nota: Jika anda menukar alamat rumah, kerja atau sekolah anda selepas anda diminta untuk menyelaraskan Peta ke Kad Saya, anda mungkin perlu mengemas kini alamat anda dalam Kenalan. Lihat Tambah atau edit info hubungan dan foto anda.

Perincikan lokasi alamat

  1. Pergi ke app Peta pada iPad anda.

  2. Di bawah Tempat, sentuh dan tahan alamat yang anda mahu perincikan.

  3. Ketik Edit Butiran.

  4. Ketik Perincikan Lokasi pada Peta, kemudian seret peta.

  5. Ketik butang Selesai.

Tukar butiran alamat yang disetkan

Anda boleh menukar butiran alamat yang anda setkan jika alamat ini berubah.

  1. Pergi ke app Peta pada iPad anda.

  2. Di bawah Tempat, sentuh dan tahan alamat yang anda mahu tukar.

  3. Ketik Edit Butiran, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

    • Tukar nama pin: Masukkan nama baharu dalam medan Label.

    • Tetapkan alamat rumah, kerja atau sekolah anda: Pilih pilihan di bawah Jenis.

    • Tukar lokasi pin: Ketik Perincikan Lokasi pada Peta.

Keluarkan alamat yang disetkan

  1. Pergi ke app Peta pada iPad anda.

  2. Di bawah Tempat, sentuh dan tahan alamat yang anda mahu keluarkan.

  3. Ketik Nyahpin.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.